Indonesian Music Festival bakal gegarkan kuala lumpur dengan persembahan hebat Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe

- Advertisement -

Penggemar muzik Indonesia pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan hebat dari Kotak, Ifan Seventeen, dan Marcello Tahitoe di Indonesian Music Festival yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Acara yang dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment ini akan diadakan pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) dan bermula pada jam 7 malam.

Kotak, kumpulan muzik rock terkenal Indonesia yang ditubuhkan pada 27 September 2004, akan menggegarkan pentas dengan persembahan bertenaga mereka. Kini dianggotai oleh Tantri (Tantri Syalindri Ichlasari) sebagai vokalis, Chua (Swasti Sabdastantri) sebagai pemain bass, dan Cella (Mario Marcella) sebagai pemain gitar utama, Kotak dijangka akan memukau penonton dengan lagu-lagu popular mereka seperti ‘Pelan-Pelan Saja’, ‘Masih Cinta’, ‘Tendangan Dari Langit’, dan ‘Aku Ya Tersakiti’.

Kotak telah meraih pelbagai anugerah dalam industri muzik, termasuk Anugerah Muzik Indonesia ke-12 untuk Kategori Solo/Duo/Kumpulan Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik untuk album ‘Kotak Kedua’. Mereka juga memenangi kategori Kumpulan/Duo Pendatang Baru Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 dan Anugerah MTV Indonesia untuk Most Favourite Breakthrough Artist 2009.

Para penggemar Ifan Seventeen akan berpeluang menikmati suara merdu beliau dengan lagu ‘Kemarin’ serta lagu-lagu popular Seventeen lain seperti ‘Cinta Jangan Disembunyikan’, ‘Akujira’, ‘Menunggu Kamu’, ‘Jaga Selalu Hatimu’, ‘Sumpah Ku Mencintaimu’, dan ‘Hal Terindah’. Ifan, atau nama sebenarnya Rifian Fayacia, yang kini berusia 41 tahun, memulakan perjalanan baru sebagai penyanyi solo setelah insiden tragis pada tahun 2018 yang menimpa kumpulan Seventeen.

Marcello Tahitoe, atau lebih dikenali sebagai Ello, juga akan turut serta memeriahkan festival ini. Ello, yang kini berusia 41 tahun, adalah penyanyi, komposer, dan produser muzik Indonesia yang terkenal. Beliau merupakan vokalis baru kumpulan Dewa 19 sejak 2022. Anak kepada penyanyi popular era 1970-an, Minggoes Tahitoe dan Diana Nasution, Ello telah meraih pelbagai anugerah seperti Pendatang Baru Terbaik sempena Anugerah Muzik Indonesia (AMI) pada 2005, Album Pop Terbaik (2005), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2016 dan 2019), dan Album Rock Terbaik (2021).

Lagu-lagu popular Ello termasuk ‘Gak Kayak Mantanmu’, ‘Kisah Kita T’lah Usai’, ‘Benci Tapi Rindu’, ‘Takkan Ada Aku Lagi’, dan ‘Sorry Abis’. Sebelum menjadi vokalis Dewa 19, Ello telah menghasilkan enam album studio seperti ‘Ello’, ‘Realistis/Idealis’, ‘Taub Mumu’, ‘Jalur Alternatif’, ‘Antistatis’, dan ’99’.

Untuk menyaksikan persembahan hebat ini, pastikan anda menempah tiket yang dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3), dan RM188 (CAT 4). Tiket-tiket akan mula dijual pada 1 Julai di BookMyShow. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti UnUsUaL Entertainment di Facebook UnUsUaL Entertainment dan Instagram UnUsUaL Entertainment.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat