Nihon Matsuri 2023, Pesta Jepun Terbesar di Lembah Klang, Memperkenalkan Pelbagai Budaya Jepun.

- Advertisement -

Bukit Jalil, 28 Jun 2023- Pesta Nihon Matsuri kembali tahun ini selepas kejayaannya bermula tahun lepas.

Bersedia untuk sertai pesta yang memperkenalkan budaya Jepun yang bertenaga dan mempesonakan di Nihon Matsuri 2023, Acara Pesta Jepun persendirian terbesar di Lembah Klang yang dianjurkan oleh Trumpet International.

Berlansung selama empat hari, dari 29 Jun hingga 2 Julai, acara ini menjanjikan satu pengalaman yang luar biasa untuk pelawat dari semua peringkat umur. Dengan kepelbagaian aktiviti dan tarikan, Nihon Matsuri 2023 adalah acara yang mesti wajib dilawati pada kali ini.

Melangkah ke tengah-tengah Jepun seolah oleh anda berada di Shibuya Crossing, yang telah dibina semula pada acara tersebut. Rasai denyutan bandar Jepun dengan suasana yang sibuk dan pejalan kaki yang ikonik.

Lampu malam yang menerangi dan berwarna warni bakal membuat anda terkasima kerana diilhamkan dari bandar Jepun seolah olah anda berada disana dan akan membuatkan suasana pesta yang bergitu meriah.

Pengunjung bakal ditayangkan dengan persembahan secara langsung yang dibuka tontonan buat pertama kalinya iaitu acara memotong Ikan Tuna oleh pakar. Chef Jepun profesional yang mahir dalam teknik pemotongan ikan hidup akan menyediakan demonstrasi yang menarik, mempamerkan kepakaran mereka dan menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, yang akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai “Acara Pemotongan Langsung Tuna Sirip Biru Terbesar ”

Bersedia untuk menikmati hidangan masakan Jepun dengan lebih 140 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman, termasuk sushi, sashimi, takoyaki, ramen, udon, tempura, wagyu, kakigori, dan banyak lagi.

Alami kraftangan indah aksesori buatan tangan Jepun dan temui keindahan budaya dan persembahan tradisional Jepun pada acara tersebut. Terlibat dalam permainan tradisional Jepun di gerai permainan Nihon Matsuri, di mana keluarga boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.

Peserta boleh menyewa dan memakai kimono di Nihon Matsuri, membolehkan mereka mengayakan fesyen Jepun dan mengambil foto yang menakjubkan, seolah-olah mereka melangkah ke hati Jepun.

Tahun ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ikon cosplayer tempatan, Preston & Yingtze, akan berkhidmat sebagai duta Nihon Matsuri 2023. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan bersalaman dengan mereka semasa acara berlangsung. Saksikan bakat dan pakaian mereka yang luar biasa secara langsung dan tangkap gambar yang tidak dapat dilupakan detik dengan watak kegemaran anda.

Tiket kini tersedia untuk pra-pembelian bagi mengelakkan beratur panjang semasa acara di
www.excitix.com.my. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan pengalaman budaya Jepun anda! Tiket boleh didapati dengan harga RM20 seorang dan RM50 untuk pas hari tanpa had 4 hari. Untuk lebih maklumat, sila layari Facebook Nihon Matsuri @nihonmatsuribytrumpet dan Instagram pages @nihonmatsuri_.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat