Kerajaan menyekat kebebasan bersuara – Wan Saiful

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa kerajaan perpaduan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyekat kebebasan suara media susulan dua portal berita tidak boleh diakses kerana disyaki telah disekat.

Wan Saiful merujuk laporan MalaysiaNow dan Malaysia Today yang telah disekat oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.

Menurut Wan Saiful lagi, sekatan portal berita itu merupakan penyalahgunaan agensi penguat kuasa untuk menutup mulut pihak yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan.

Tambahnya beliau, beberapa aktivis media sosial juga telah dipanggil untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

“Jika benar, maka ini adalah pelanggaran serius terhadap kebebasan bersuara di Malaysia di bawah Anwar,” katanya

“Semua ini adalah gejala sikap pentadbiran ini terhadap kebebasan bersuara.

“Pemerhati negara dan antarabangsa, sepatutnya tahu sekarang bahawa Anwar dan pentadbirannya sangat jauh daripada reformis yang mereka pura-purakan itu. Kita harus sedar bahawa ini adalah warna sebenar Anwar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat