TOKYO: Pasukan Pertahanan Jepun bersetuju menambah pesanan 42 buah lagi pesawat pejuang F-35B buatan Lockheed Martin dari Amerika Syarikat, bernilai $130 juta sebuah.
Versi B adalah dari versi STOVL – yang mampu mendarat dan berlepas seperti helikopter atau cukup dengan landasan yang pendek sahaja.
Pesanan terbaru ini adalah tambahan kepada 105 buah pesawat sama tapi dari jenis A (berlepas dan mendarat seperti biasa) yang telah ditempah sebelum ini.
Dengan keseluruhan 147 buah pesawat, menjadikan Jepun sebagai negara paling banyak memiliki pesawat kategori Stealth ini di dunia, selain Amerika Syarikat.
Versi baharu ini akan digunakan di atas kapal pengangkut helikopter JS Izumi dan JS Kata yang akan diubahsuai pertengahan tahun ini untuk membolehkannya membawa jet pejuang.
Dua kapal ini adalah yang terbesar dalam angkatan laut Jepun.
Tambahan pesanan ini pula pastinya memberi berita baik kepada syarikat Lockheed yang sedikit terjejas baru-baru ini akibat pembatalan pesanan 65 buah pesawat jenis sama oleh Tentera Udara Kanada
– SuaraTV