WhatsApp Menteri KDN digodam penceroboh luar negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Penggodam WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) luar negara.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penggodam menggodam masuk akaun WhatsApp sebelum menghantar pautan URL kepada kenalan di aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan lokasi keberadaan penggodam terbabit.

“Polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau lagi, setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kerugian akibat pencerobohan itu.

“Tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya,” katanya.

Isnin lalu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan memaklumkan perkara serius ini sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat