“Rafizi kini ada masa sembang di X, lepas raya haji akan kongsi plan”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli mempamerkan mood ceria sambil memberitahu beliau kini ada banyak masa selepas umum letak jawatan Menteri Ekonomi pada 28 Mei lalu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau sudah ada rancangan masa depan yang bakal ditekuninya selepas ini.

“Hahaha X masih bising. Saya dah mula cuti hari Rabu, misi sekarang nak reply (balas) beribu-ribu mesej, join (sertai) sama sembang dekat X.

“Saya memang dah plan apa nak tumpu lepas ni, tapi biarlah semua orang tenang, raya haji dan sebagainya.

“Apa-apa saya kongsi kemudian,” ujar Rafizi dalam hantaran terbarunya di X pada Jumaat.

Bekas Menteri Ekonomi dan juga bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, potensi sebenar negara ialah rakyat biasa.

“We have to go back to harnessing this potential.

“Ada banyak cara nak ubah masyarakat, kita ada masa yang panjang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat