AGC Mulakan Prosiding Penghinaan Mahkamah Terhadap Shafee Abdullah

- Advertisement -

PUTRAJAYA, – Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan memulakan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Langkah itu diambil susulan kenyataan terbuka Shafee pada 28 Mei 2025 yang disifatkan menghina Mahkamah apabila beliau menyamakan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan “pendengaran ala Nazi-Jerman”.

AGC dalam kenyataan berkata kenyataan tersebut adalah serangan serius dan tidak wajar terhadap maruah, kewibawaan dan kebebasan institusi kehakiman negara.

“Walaupun peguam berhak mencabar keputusan kehakiman melalui saluran undang-undang yang sewajarnya, kenyataan awam yang mencemarkan imej Mahkamah atau menggugat keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan tidak boleh diterima dalam sistem perundangan kita,” tegas kenyataan itu.

AGC memandang serius kenyataan tersebut kerana ia dikatakan dibuat dalam konteks kes yang masih berjalan dan boleh memberi tekanan tidak wajar terhadap institusi kehakiman.

Prosiding tersebut menurut AGC akan diteruskan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang dan melindungi integriti Mahkamah daripada tohmahan atau tekanan awam.

“Prosiding penghinaan Mahkamah akan diteruskan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang, memelihara integriti proses kehakiman, dan melindungi Mahkamah daripada tohmahan serta tekanan awam yang tidak wajar.”

Shafee, yang terkenal sebagai peguam bela dalam beberapa kes berprofil tinggi, sebelum ini dilaporkan lantang mengkritik prosiding terhadap anak guamnya dan kini bakal berdepan tindakan perundangan kerana kenyataan tersebut. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat