Belanjawan 2022 Pahang Menyeluruh, Komprihansif Dan Mesra Anak Muda – Arif Fitri

- Advertisement -

KUANTAN: Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sangat sangat menyeluruh dan komprihansif tanpa meningalkan sedikit pun setiap lapisan masyarakat.

Menurut Wakil Belia Dewan Negeri Pahang N.02 Jelai, Muhamad Arif Fitri Mohd Shawaluddin, melalui Belanjawan 2022 yang dibentangkan seperti Pelan Digital Negeri Pahang 2021-2025, Pembangunan Golongan Muda Pahang dan Pembangunan Sukan Bagi Belia Negeri Pahang banyak memberi kesan positif khususnya kepada golongan muda di Negeri ini.

Ujar Arif Fitri lagi, Pahang adalah Negeri yang sangat mesra kepada anak muda.

Selain itu katanya lagi, pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sangat efektif dan efisyen sepanjang empat (4) tahun dilantik Menteri Besar.

Melalui Pelan Digital Negeri Pahang 2021-2025 yang dirancang, Kerajaan Negeri akan menjadi peneraju untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang Inklusif dan Negeri yang mampan digital.

“Negeri Pahang akan mendapat liputan jalur lebar 4G dengan kelajuan sehingga 35Mbps dengan mencapai liputan 4G dengan mencapai liputan 4G sebanyak 96.9 peratus menjelang 2022 melalui pembinaan 270 buah menara baharu dengan liputan 4G sehingga hujung tahun 2022.

“Selain itu, kerajaan Negeri Pahang akan menaikkan taraf stesen pemancar sedia ada dari rangkaian 2G/3G kepada 4G di Kawasan penempatan luar bandar , pendalaman, Kampung Tradisional, Kawasan penempatan berkelompok (Felda. Felcra, RTP, RPS) di mana sebanyak 839 buah pemancar akan dinaik taraf di seluruh Negeri Pahang.” Ujarnya ketika membahaskan dan menyokong Belanjawan Negeri Pahang 2022 di Sidang Belia Dewan Negeri Pahang kali ke-2, di Wisma Sri Pahang, sebentar tadi.

Dengan adanya Pelan Digital Negeri Pahang 2021-2025 ini, golongan belia akan mendapat maklumat terkini dan memudahkan mereka yang berniaga atas talian dapat mempromosi produk mereka dengan lebih meluas.

Seterusnya dalam aspek Pembangunan Golongan Muda Pahang katanya lagi, Kerajaan Negeri telah memberi pengiktirafan kepada besar kepada anak muda Pahang.

“Baik dari sudut persatuan, perkhidmatan awam, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, bidang sukan dan olahraga, akedemik atau kepimpinan, anak muda Negeri Pahang sentiasa diiktiraf dan diberi ruang secukupnya untuk turut bersama-sama menyumbang dalam pembangunan negeri.” katanya lagi.

Selain itu, dari segi Pembangunan Sukan Bagi Belia Negeri Pahang, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 8.7 juta ringgit pada tahun ini. Tidak pada itu juga, Kerajaan Pahang amat mengambil berat atlet-atlet yang berasal dari Pahang.

“Peruntukan tambahan ini bagi kejohanan Sukan Malaysia, perolehan peralatan pusat rawatan rehabilitasi, perolehan senjata api untuk pasukan menembak Negeri Pahang serta perbelanjaan mengurus dan penyelenggaraan di Majlis Sukan Pahang termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sukan sedia ada bagi meningkatkan perkhidmatan infrastruktur dan pengurusan.

“Kerajaan Negeri Pahang amatlah mengambil berat tentang sukan bagi belia di Negeri Pahang ini. Seperti yang sedia maklum ramai di kalangan golongan belia ini terdiri daripada atlet yang mengharumkan nama Negara dan Negeri Pahang sendiri antaranya adalah Ahmad Faizul Aswad Mohamed yang Berjaya membantu skuad perahu layar negara (sailing) yang meraih tempat ketiga pada kejohanan perahu layer Star Sailors League (SSL) Gold Cup di Grandson Marina, Switzerland.

“Sehubungan itu, ia perlu dibanggakan semua pihak apabila anak jati Pahang melakarkan kejayaan di pentas antarabangsa dan ia dapat memberikan semangat kepada golongan belia untuk terus bersukan.” katanya lagi. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat