Ahli Parlimen PKR Dakwa Berlaku ‘Penipuan Internet’, Ragu Hasil Pemilihan Parti

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang calon naib presiden meragui hasil pemilihan PKR dan menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) membuat siasatan mengenai perkara itu.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, calon itu yang turut kalah dalam pemilihan mendakwa berlaku “penipuan internet” yang menyaksikan kemenangan bergaya buat kumpulan tertentu.

“Sekarang puak kami kalah teruk, terlalu teruk. Ini ‘permainan internet’ kita tak boleh cakap kerana internet kepakaran mereka, kami nak tahu respons JPP,” katanya kepada FMT.

Keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR 2022 menyaksikan beberapa pertandingan membabitkan nama besar seperti Rafizi Ramli mengungguli saingan jawatan timbalan presiden menewaskan pencabarnya Saifuddin Nasution Ismail.

Mengulas lanjut, calon itu yang juga ahli Parlimen berkata, selain Gombak, beberapa bahagian lain seperti Bachok, Tanah Merah, Tanjong Karang, termasuk beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak telah memfailkan bantahan kepada JPP.

“Terlalu banyak keraguan, majoriti keraguan amat luar biasa, berlaku banyak protes untuk disemak semula berpandukan rekod dan dokumen yang mereka (bahagian) ada.

“Kami cadang buat audit forensik supaya lebih adil kepada mereka yang bertanding. Kita dah hantar surat, kita ada bukti jelas,” katanya.

Semalam, calon yang kalah dalam persaingan merebut jawatan ketua bahagian PKR Gombak, Farhash Wafa Salvador Mubarak menggesa dilakukan audit forensik terhadap proses pemilihan parti itu kali ini.

Farhash yang tewas kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagi jawatan itu turut menuntut badan bebas yang dipersetujui semua pihak untuk meneliti dakwaannya.

“Saya ingin menyatakan keraguan yang amat tinggi terhadap ketelusan dan kebenaran keputusan dikeluarkan itu.

“Pihak saya mempunyai bukti dan dokumentasi yang kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi, dengan gesaan untuk parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan dan kaedah pelaksanaannya,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat