Terima Kasih Benarkan Restoran, Sektor Makanan Beroperasi – Presma

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kebenaran untuk restoran dan sektor makanan beroperasi.

“Ia berita gembira kepada pengusaha di seluruh negara kerana sekurang-kurangnya mereka masih dapat menjana pendapatan ketika Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dilaksanakan dalam tempoh dua minggu ini,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Justeru, katanya, beliau sudah meminta lebih 4,200 ahli persatuan itu untuk memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan dipatuhi tanpa sebarang kompromi dalam usaha membantu mengekang penularan Covid-19.

Menurutnya, biarpun masih dalam fasa pemulihan akibat Covid-19 lebih setahun lalu, pengumuman kerajaan itu memberikan ruang kepada peniaga restoran kembali bernafas dan dapat menjana pendapatan.

“Pada masa ini, memang kami sangat terkesan. Ramai yang sudah gulung tikar pun.

“Dengan kebenaran ini, Presma akan memastikan SOP dipatuhi sebaik mungkin kerana kami juga petugas barisan depan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini semua ahli yang mengendalikan 12,500 restoran di seluruh negara menyatakan hasrat untuk terus berniaga, dan mereka diminta memastikan SOP dipatuhi sebaik mungkin.

Jawahar Ali berkata, Presma mencadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan subsidi kepada pemilik bangunan sekali gus membantu pengusaha restoran yang menyewa premis untuk perniagaan mereka.

“Presma juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi moratorium automatik sekurang-kurangnya tiga bulan kepada pengusaha yang terjejas termasuk pemilik restoran, gerai serta peniaga kendera saji agar dapat terus bertahan dalam tempoh mencabar ini,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat