Hadir Janji Temu Suntikan, Jangan Dengar Dakyah Palsu Keburukan Vaksin – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail menasihatkan rakyat Pahang agar hadir janji temu suntikan yang telah ditetapkan dan tidak mendengar dakyah palsu mengenai keburukan vaksin yang diperkatakan oleh sesetengah golongan yang anti-vaksin.

Menurut Wan Rosdy, peratus rakyat negeri ini mendaftar untuk mendapatkan suntikan agak rendah berbanding negeri lain.

“Selain isu pendaftaran rendah, saya juga dimaklumkan tentang peratus ketidakhadiran yang juga tidak memuaskan bagi menerima suntikan di Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.

“Daerah ialah Raub, 45 peratus; Pekan, 43 peratus; Maran 40 peratus; Bera, 28 peratus; Bentong dan Jerantut masing-masing 22 peratus; Temerloh, 18 peratus; Rompin 17 peratus; Kuantan, 15 peratus; Lipis, 14 peratus; dan Cameron Highlands, 9 peratus,” jelas beliau.

Antara alasan yang diberi ialah tidak menyemak aplikasi MySejahtera, maka tidak sedar tentang lokasi, masa dan tarikh yang ditetapkan untuk menerima vaksin, dan ada juga memberi alasan terlupa.

Menurut beliau lagi, terdapat juga dalam kalangan warga emas yang berubah fikiran setelah terpengaruh dengan berita tidak sahih mengenai pemvaksinan sepertimana disampaikan oleh ahli keluarga dan sahabat, serta yang tular di media sosial.

“Oleh itu, saya sarankan kepada kesemua mereka yang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin supaya sentiasa menyemak aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing-masing.

“Kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sudah berusia, bantulah mereka untuk menyemak dan sering ingatkan mereka mengenai tarikh, masa dan lokasi untuk menerima suntikan vaksin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy juga berharap mendapat maklum balas seluruh anak Pahang tentang mengenai punca dan alasan lain bagi mereka yang telah mendaftar, tetapi gagal untuk hadir pada hari temujanji yang ditetapkan.

Apakah kerana masalah pengangkutan? Soalnya.

Tegasnya lagi, kita mesti berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap imuniti kelompok (herd immunity) dengan segera dan ini hanya boleh tercapai jika sebahagian besar kita telah disuntik vaksin.

Jelas beliau, dengan mencapai tahap imuniti dengan cepat, Ianya dapat memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19, seterusnya dapat kembali menjamin kesihatan awam yang akan dimanfaati oleh kita juga, In Sya Allah. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat