Tak wajar MCA salahkan BN, tarik balik sokongan Cina dan kekal setia dalam BN – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mengingatkan MCA supaya tidak menyalahkan Barisan Nasional (BN) dengan nasib tidak baik yang menimpa parti itu.

Sebaliknya Puad memberitahu, MCA kena tanya diri sendiri kenapa sokongan kaum Cina kepada parti itu mersosot?

“Dakwaan Setiausaha Agong MCA Datuk Chong Sin Woon bahawa ahli mereka merasa ragu dan kecewa memang wajar. Kita bersimpati dengan MCA. Tetapi MCA jangan salahkan BN.

“MCA kena tanya diri sendiri kenapa sokongan kaum cina kepada parti itu mersosot? Kenapa di PRU ke 15 MCA menang dua kerusi sahaja?

“Tiada kaitan terhadap BN. Ketika itu BN bertanding solo. Kerjasama BN dan PH untuk membentuk kerajaan hanya berlaku selepas PRU15.

“Dakwaan Ketua Pemuda MCA Johor Heng Zhou Li lagi dangkal. Dia kata kerjasama BN-PH menjejaskan masa depan Umno. Umno terjejas teruk bila BN kalah di PRU14. Tetapi Umno tidak salahkan BN,” bidas Speaker Dun Johor itu.

Bahkan ujar Puad, Umno bangkit semula.

“Untuk tuduh Umno mersosot, lihatlah tiga PRK di Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning. Sebab itu MCA perlu tabah.

“MCA jangan merajuk sampai menarik diri di PRN 2023 (Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang).

“MCA patut fokus kepada peranan dan jawatan yang mereka pegang di Johor, Melaka, Perak dan Pahang. Buktikan MCA cemerlang untuk tarik balik sokongan rakyat,” katanya lagi.

Puad malah memberi jaminan, Umno akan terus mempertahankan BN.

“Ini termasuk parti MCA, MIC dan friends of BN tetap rakan setia Umno.

“Kerjasama BN-PH adalah untuk kelangsungan rakyat dan kerajaan yang stabil.

“BN mesti membuktikan ia mendengar nasihat Raja-Raja Melayu, komited dan kekal sederhana. Itulah hala tuju yang jelas,” katanya.

Terdahulu Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, partinya telah dilukai berulang kali sehingga perlu memikirkan hala tuju sendiri.

Beliau berkata, MCA sudah memberi masa dua tahun, tetapi BN masih tidak menetapkan hala tuju yang jelas, satu keadaan yang mendorong MCA mempertimbangkan jalan yang ada di depan.

Katanya, mesyuarat bahagian MCA yang diadakan pada Jun diharapkan dapat membincangkan perkara itu sebelum memanjangkan pendapat kepada MCA negeri dan kemudian pusat.

“Diharapkan semasa mesyuarat agung pada akhir tahun nanti, perwakilan pusat akan mendengar lebih banyak pendapat mengenai hala tuju parti dan rakan kerjasama,” katanya seperti yang dipetik oleh Sinchew Daily.

Sin Woon berkata, MCA tidak bertanding dalam pilihan raya enam negeri sebelum ini dan juga tidak menyertai pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu, walaupun merupakan kerusi tradisinya.

Katanya, akar umbi MCA Selangor berasa kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk bertanding di kerusi Kuala Kubu Bharu.

Menurutnya, akar umbi akan kehilangan motivasi untuk berusaha dan berkhidmat jika tidak diberikan peluang untuk bertanding.

Sin Woon berkata, dengan pilihan raya beberapa negeri yang akan berlangsung, malah pilihan raya umum juga bakal mengambil tempat, MCA tidak boleh hanya menunggu-nunggu.

“MCA pusat harus mempunyai satu hala tuju yang jelas,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat