Ramanan hargai jasa pemandu van jenazah, penggali kubur dan tok siak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan melahirkkan rasa kagum akan jasa dan pengorbanan pemandu van jenazah, penggali kubur dan tok siak dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Menurut Ramanan, kumpulan itu menjadi sebahagian daripada barisan hadapan yang memainkan peranan penting, sekali gus jasa serta pengorbanan mereka perlu dihargai.

“Baru-baru ini, ketika saya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), saya meminta ruang untuk menyampaikan sumbangan khas kepada 132 pemandi jenazah, pemandu van jenazah, penggali kubur dan tok siak hadir dari Parlimen Sungai Buloh.

“Sudah menjadi satu kemestian dan kewajipan kepada saya untuk meraikan mereka sejak memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen ketika perayaan Hari Raya.

“Setiap tahun, saya pastikan perkara ini tidak terlepas. Sumbangan yang saya hulurkan ini bukan sekadar bantuan, tetapi tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, beliau menghargai AIM kerana menjayakan majlis untuk diraikan bersama pemandi jenazah, pemandu van jenazah, penggali kubur dan tok siak serta memberi beliau ruang untuk menyampaikan sumbangan itu secara langsung.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat