Harga Makanan Harian Rakyat Malaysia Naik Hampir Dua Kali Ganda Sejak 2011 – DOSM

- Advertisement -

Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate mencatatkan peningkatan ketara dalam tempoh 13 tahun lalu, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Memetik laporan BERNAMA, laporan tahunan bertajuk Analisis Indeks Harga Pengguna (IHP) 2024 menunjukkan harga roti canai meningkat sebanyak 71.1 peratus daripada purata 90 sen sekeping pada 2011 kepada RM1.54 pada 2024.

Nasi lemak turut mencatatkan kenaikan 81.3 peratus dalam tempoh yang sama, daripada RM2.03 sepinggan kepada RM3.68, manakala harga sate ayam meningkat lebih dua kali ganda, melonjak 113.7 peratus daripada 51 sen secucuk pada 2011 kepada RM1.09 pada tahun lalu.

Laporan itu turut mendedahkan kenaikan harga bahan mentah harian seperti bawang besar import dari India yang naik 139.4 peratus daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram.

Harga santan segar turut meningkat daripada RM7.39 sekilogram pada 2011 kepada RM11.54 pada 2024, manakala kelapa parut naik daripada RM5.18 kepada RM8.33 sekilogram.

Selain itu, daging lembu tempatan mencatat kenaikan hampir dua kali ganda daripada RM19.05 kepada RM37.84 sekilogram dalam tempoh 13 tahun itu.

Namun, kerang menjadi bahan makanan yang menunjukkan peningkatan harga paling drastik, melonjak sebanyak 400.3 peratus daripada RM3.04 kepada RM15.21 sekilogram.

Dalam laporan sama, DOSM menyatakan kadar inflasi Malaysia meningkat secara perlahan sebanyak 1.8 peratus pada tahun 2024, berbanding 2.5 peratus pada 2023. Mata indeks pada tahun 2024 dicatatkan pada 132.8 berbanding 130.4 tahun sebelumnya.

Memetik laporan BERNAMA lagi, menurut Tinjauan Ekonomi Dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi April 2025, kadar inflasi negara adalah selari dengan kadar inflasi global sebanyak 5.7 peratus, lebih rendah berbanding 6.6 peratus pada tahun sebelumnya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat