Apa makna kemerdekaan jika negara dimilik orang lain. – Tun M

- Advertisement -

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan terhadap masa depan bangsa Melayu yang menurutnya kini sedang kehilangan tanah warisan satu demi satu.

Dalam satu kenyataan bertarikh 29 April 2025, beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu merupakan peneroka asal Semenanjung Tanah Melayu, yang suatu ketika dahulu diiktiraf dunia sebagai milik mutlak orang Melayu bermula dari Segenting Kra di utara hinggalah ke Kepulauan Riau di selatan.

Namun, katanya, luas kawasan yang dahulunya menjadi milik bangsa Melayu kini semakin mengecil. “Sekarang Semenanjung Tanah Melayu sudah merosot keluasannya, tinggal dari Perlis ke Johor,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa bangsa Melayu telah kehilangan beberapa wilayah penting sepanjang sejarah, termasuk empat negeri yang kini menjadi sebahagian dari Thailand, Pattani, Yala, Setoi dan Singgora. Selain itu, Kepulauan Riau telah menjadi milik Indonesia, manakala Singapura pula “kehilangan kepada pendatang dari Negara Cina,” katanya.

Tambahnya lagi, tanah yang masih berbaki di Semenanjung juga semakin berkurang akibat proses penjualan kepada pihak lain. “Semenanjung yang tinggal dari Perlis ke Johor juga separuh telah dijual kepada orang lain. Proses penjualan tanah oleh orang Melayu akan diteruskan,” ujar beliau dengan nada kecewa.

Dr Mahathir turut mengingatkan bahawa jika trend ini berterusan, bangsa Melayu mungkin akhirnya akan tersisih dan hanya mampu tinggal di pinggir-pinggir hutan.

“Tanah Melayu bukan lagi milik orang Melayu,” tegas beliau. Justeru itu, beliau mempersoalkan makna sebenar kemerdekaan jika tanah air yang diperjuangkan itu akhirnya dimiliki oleh orang lain.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat