Wanita Ditemui Mati Dalam Kereta, Dipercayai Bunuh Diri

MELAKA – Mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di kebun kelapa sawit, Jalan Kolam Machap Baru, di sini pada Jumaat.

Mayat wanita berusia 43 tahun itu ditemui orang awam lebih kurang jam 1 petang, pada jarak kira-kira 800 meter dari jalan utama.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika dijumpai kenderaan itu berkunci dan terdapat satu balang yang mengandungi abu arang disyaki dibakar oleh mangsa dipercayai untuk membunuh diri.

Menurutnya, Jabatan Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berada di lokasi kejadian dan pasukan bomba membantu membuka pintu kenderaan yang berkunci dari dalam.

“Berdekatan kereta tersebut terdapat makanan, botol dan tin arak yang disyaki diminum mangsa sebelum meninggal dunia.

“Pemeriksaan di dalam kereta turut menemui sepucuk surat yang meminta polis menghubungi individu bernama ‘Miss Peggy Chek’ yang akan ke rumah mangsa untuk membawa anak perempuan mangsa menguruskan kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambahnya, wanita itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu kerana lemas dan semakan MyKad mendapati mangsa merupakan orang hilang yang dilaporkan pada Rabu lalu.

“Pemeriksaan pada mangsa juga tidak menjumpai apa-apa kecederaan yang disyaki berunsur jenayah.

“Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. – Sinar

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Langgar SOP: Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas, Gesa Penjarakan Neelofa

KUALA LUMPUR - Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali meminta kerajaan bertindak tegas memenjarakan Neelofa atas kesalahan berulang kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...