Covid-19: Bantuan Global Tiba Di India

- Advertisement -

KOLKATA: Krisis pandemik COVID-19 semakin memburuk di India dengan jumlah kematian harian meningkat melebihi 3,600 ketika puluhan negara menghantar bantuan perubatan ke negara itu.

Setiausaha Kementerian Luar, Harsh Vardhan Shringla, berkata lebih 40 negara komited menghantar bantuan perubatan penting, terutama bekalan oksigen yang semakin terdesak.

Bekalan itu merangkumi hampir 550 penghasil oksigen, lebih daripada 4,000 penumpu oksigen, 10,000 silinder oksigen serta 17 tangki kriogenik.

Ratusan ribu dos ubat rawatan COVID-19 serta bahan mentah untuk menghasilkan vaksin juga dihantar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, varian virus yang dikhuatiri akan menyumbang kepada bencana di sub-benua kini dikesan di lebih berbelas negara.

Walaupun dengan program imunisasi yang sedang berjalan, kematian masih tinggi seperti di Brazil di mana jumlah kematian kini melebihi 400,000 orang sejak bermulanya wabak.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah mulai meredakan sekatan ketika kempen imunisasi semakin meningkat.

Di New York, Datuk Bandar Bill de Blasio berharap ia dapat dibuka kembali sepenuhnya pada 1 Julai ini.

Di Perancis, Presiden Emmanuel Macron berkata, kafe, pasar seni dan perniagaan akan dibuka semula melalui beberapa fasa mulai bulan depan.

Perdana Menteri Ireland Micheal Martin mengumumkan rancangan untuk menarik balik sekatan perintah berkurung mulai 10 Mei, termasuk faedah bonus vaksin bagi mereka yang sudah melengkapi dua dos.

Portugal berkata, ia akan membuka semula sempadan darat dengan Sepanyol pada Sabtu ini.

Bagaimanapun WHO mengeluarkan peringatan keras kepada negara Eropah bahawa langkah pencegahan yang ringan boleh menyebabkan krisis memburuk dan kes kembali meningkat seperti yang berlaku di India.

Pengarah Wilayah WHO Eropah, Hans Kluge, berkata adalah penting untuk diingatkan bahawa keadaan di India boleh berlaku di mana sahaja. – AFP/Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat