Umno perlu pertimbang lantik KJ sebagai Ketua Penerangan

KUALA LUMPUR – Umno boleh mempertimbangkan untuk Khairy Jamaluddin diberikan portfolio Ketua Penerangan atau sewaktu dengannnya kerana ‘profile’ semasa beliau dan jika diselia dengan tepat pasti akan memberikan kesan langsung yang menguntungkan Umno.

Cadangan itu disuarakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Damansara Amin Shukor.

Kata Amin, terlalu banyak usaha baik dan gerak tindak yang positif sedang diusahakan pasukan Umno- Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera disampaikan secara cepat, pantas dan seterusnya mampu memanfaatkan ahli, rakyat dan pengundi.

“Umno perlu memanfaatkan ruang progresif dan gerak tindak penerangan juga wajar diperkemas supaya lebih konstruktif.

“Usaha mendepani cabaran semasa politik tanah air perlu lebih jelas naratifnya, kerana rakyat tetap perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam kesemua usaha dan gerak kerja.

“Bagi saya, bukan sahaja ahli Umno yang perlu ‘disegarkan’ semula dengan naratif hala tuju, malahan rakyat juga perlu diperjelaskan hala tuju jelas peranan Umno BN semasa ini.

“Peranan ‘penyampai’ yang baik amatlah diperlukan buat masa ini, agar segala naratif jelas dan usaha baik yang disusun oleh Umno BN boleh segera difahamkan dan segmen penerangan perlu betul-betul diperkasakan.

“Pada pandangan peribadi saya, Umno boleh mempertimbangkan untuk Khairy Jamaluddin diberikan portfolio ketua penerangan atau sewaktu dengannnya,” saran Amin dalam hantaran di Facebooknya.

Menurut beliau, mengurus, merangka dan membentuk persepsi perlu disegerakan sebenarnya kerana situasi semasa politik sudah jauh berbeza.

“Pola pemahaman pengundi serta kefahaman rakyat sudah jauh berbeza.

“Umno tidak perlu terperangkap dengan suasana politik 10-15 tahun yang lalu.

“Apa juga keadaan perlu segera jelas dan diperjelaskan kerana sumber maklumat sudah dihujung jari,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat