Umno P. Pinang janji tak akan tikam belakang PH, setia dengan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR- Umno Pulau Pinang ikrar kerjasama rapat dengan rakan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang, dengan jaminan ia tidak akan mengkhianati kerjasama itu.

Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, “Umno-Barisan Nasional (BN) tidak pernah tikam kawan dari belakang. Kami tetap akan setia dengan Kerajaan Perpaduan, dan kami menyokong penuh kerajaan perpaduan bawah ketua menteri,” katanya.

“Insya-Allah, kita akan teruskan sama-sama untuk memberi kemenangan yang besar pada kali ini dengan pilihan raya yang akan datang,” katanya lagi, pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PH Pulau Pinang di Permatang Pasir malam tadi, lapor FMT di Bukit Mertajam.

Umno mempunyai dua wakil rakyat di DUN yang mempunyai 40 kerusi: Adun Sungai Acheh Datuk Rashidi Zinol dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Adun Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang juga Ketua Menteri, mahu semua pemimpin dan jentera menunjukkan komitmen tinggi, berkhidmat kepada rakyat dengan baik, dan memberikan prestasi terbaik, memandangkan penggal sekarang berbaki kira-kira dua tahun sebelum pilihan raya seterusnya.

Kon Yeow turut berharap PH dan BN terus memberikan sokongan penuh kepada Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri ketika negara berdepan tekanan ekonomi lantaran konflik di Asia Barat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat