Sulaiman ada masalah kesihatan, Umno hantar nama Rauf – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno telah menghantar nama Pengerusi Perhubungan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sudah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, untuk menerima peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

“Saya sudah mengutuskan warkah kepada TYT Melaka untuk menerima peletakan jawatan Ketua Menteri (Sulaiman) dan dengan ini parti mencadangkan melalui warkah itu Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu,” katanya di Parlimen pada Khamis.

Lapor BH, ketika ditanya sama ada Sulaiman ada memaklumkan sebab peletakan jawatan, Ahmad Zahid berkata, ia disebabkan masalah kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat