Shiha Zikir waspada kes pecah amanah dalam perniagaan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Shiha Zikir, 36, sentiasa bersedia berdepan cabaran dalam perniagaan diceburinya termasuk kes pecah amanah yang boleh berlaku di luar jangkaan.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata, kes begitu mungkin boleh berlaku apabila ada pihak dalam sesebuah syarikat kabur hanya kerana wang.

“Kes begitu adalah di luar jangkaan kita dan saya pun risau juga. Walaupun setakat ini belum pernah menimpa diri sendiri serta perniagaan saya, tapi mesti kena waspada juga.

“Minta dijauhkanlah sebab manusia ramai yang boleh buta apabila membabitkan duit. Dari situlah boleh tercetusnya kes pecah amanah atau isu lain,” katanya.

Baru membuka perniagaan kedai nasi ayam, pemilik syarikat Shiha Zikir Empire ini percaya kepercayaan dan toleransi juga sangat penting bersama rakan perniagaan.

“Saya sentiasa menitikberatkan kerjasama yang telus dengan rakan perniagaan. Paling penting, kata sepakat yang terbaik harus dicapai untuk memastikan hala tuju adalah selari.

“Jika ia tersasar dan saya mula rasa berlaku perbezaan hala tuju, lebih baik saya ‘angkat kali’ dulu. Saya lebih suka berundur dengan cara baik dan enggan mengeruhkan keadaan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat