KJ Calon MB Negeri Sembilan Untuk PN? – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa akan menjadi “poster boy” mewakili Perikatan Nasional (PN) sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pertengahan tahun nanti.

Desas-desus itu dibangkitkan Veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Memang menjadi satu rahsia terbuka yang PN berharap Khairy akan menjadi “poster boy” PN dan menjadi Menteri Besar di Negeri Sembilan sekiranya PN menang dalam Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan pada bulan Julai atau Ogos ini.

“Adakah Khairy akan bersetuju? soal Kit Siang dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Kit Siang yang juga bekas ahli Parlimen Iskandar Puteri mengulas cadangan Khairy semalam supaya Ketua Pembangkang berbahas dengan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Kataya, Tan Sri Muhyiddin Yassin,Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak pernah menghantar satu soalan pun sejak pengenalan Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) dalam dua bulan yang lepas.

“Semalam, bekas menteri, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya diadakan perbahasan mingguan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Perdana Menteri pembangkang semasa Parlimen bersidang.

“Cadangan Khairy ini menarik dan patut dijadikan satu perkara biasa di mana-mana Parlimen. Di Malaysia, perkara ini amat jarang sekali terjadi kerana adakah Hamzah yang merupakan Ketua Pembangkang adalah calon Perdana Menteri pihak pembangkang?

“Sekiranya Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan, hanya Muhyiddin Yassin atau Hadi Awang sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri, bukan Hamzah yang berada di tempat kedua dalam barisan pimpinan Bersatu,” kata Kit Siang lagi.

Apa yang lebih buruk lagi kata beliau, ketiga-tiga mereka ini, baik Muhyiddin, Hadi, atau Hamzah, tidak pernah menghantar satu pun soalan sejak pengenalan Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Parlimen Malaysia dalam dua bulan yang lepas, memandangkan mereka selalu tidak ada di dalam dewan semasa sesi PMQ.

“Malah, ada hantaran “orang hilang” mengenai Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah yang berlegar di media sosial dengan tulisan: “sesiapa yang jumpa sila lapor pada Parlimen Malaysia…”.

“Saya telah bertanya sebelum ini mengapa Muhyiddin tidak menjadi Ketua Pembangkang, atau sekurang-kurangnya Hadi memandangkan merekalah pemimpin sebenar Bersatu dan PAS dalam gabungan PN,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat