Ini 38 lokasi Bazar Ramadan Rahmah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyenaraikan 38 lokasi Bazar Ramadam Rahmah di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan, KPDN menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada gerai di Bazar Ramadan Rahmah ini menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5 dan ke bawah.

“Ramai yang bertanya-tanya berkenaaan lokasi Bazar Ramadan RAHMAH di seluruh Malaysia.

“Terdapat 38 lokasi Bazar Ramadan Rahmah yang telah disediakan oleh KPDN sepanjang bulan Ramadan

“Semoga usaha kecil ini mampu mengisi perut lapar yang memerlukan. Sama-sama kita bantu,” kata Salahuddin dalam kenyataan pada Khamis.

Perlis
-Bazar Ramadan Persiaran Wawasan Kangar

Kedah
-Bazar Taman Ria
-Bazar Taman Lembah Bujang, Sungai Petani
-Tanah Merah, Pendang
-Bazar Ramadan Tapak Penjaja Taman Seri Aman
-Bazar Ramadan Dataran Penjaja Changloon

Perak
-Bazar Ramadan People Walk, Ipoh

Pulau Pinang
-Bazar Ramadan Bayan Baru

Selangor
-Bazar Ramadan Sungai Besar
-Bazar Ramadan Sabak Bernam
-Bazar Ramadan Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu
-Bazar Ramadan Kuala Selangor (Depan Lotus’s)

Negeri Sembilan
-Bazar Ramadan Dataran Kuala Pilah
-Bazar Tapak Pasar Malam Batu 4, Port Dickson
-Bazar Ramadan Mydin Senawang

Melaka
-Bazar Pekan Masjid Tanah
-Bazar Taman Seri Cempaka
-Bazar Bandar Baru Merlimau

Pahang
-Bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan
-Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh

Kelantan
-Bazar Ramadan Stadium, Kota Bharu

Terengganu
-Bazar Ramadan Binjai Rendah, Marang

Kuala Lumpur
-Bazar Ramadan Food Truck Rahmah, Jalan TAR
-Bazar Ramadan Tempat Letak Kereta Lorong TAR Lot 4
-Bazar Ramadan Jalan Raja (Depan Gereja)

Putrajaya
-Bazar Ramadan Presint 14

Labuan
-Bazar Ramadan Labuan Walk
-Bazar Ramadan Kolej Matrikulasi

Johor
-Bazar Ramadan Jalan Persiaran Dahlia, JB
-Bazar Ramadan Kluang
-Bazar Pesta Batu Pahat
-Bazar Kampung Tengah, Muar
-Bazar Ramadan Taman Utama, Segamat
-Bazar Ramadan Taman Sri Saujana, Kota Tinggi

Sabah
-Bazar Ramadan Lintasan Deasoka,KK
-Bazar Ramadan Sabindo Plaza Tawau
-Bazar Ramadan Juara Sport Arena, Ketiau

Sarawak
-Bazar Ramadan Uptown Kota Samarahan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat