Tak ‘koyak’ kena tegur

- Advertisement -

MESKIPUN bertaraf pelakon senior dengan pelbagai pengalaman dimiliki, ia tidak pernah membuatkan Rita Rudaini mendabik dada.

Malah, dia suka berbincang dan bertukar pandangan dengan pelakon lain bagi memastikan mudah membentuk keserasian dan urusan kerja antara mereka pun lancar.

Rita berkata, ketika dia digandingkan bersama pelakon, Datin Seri Umie Aida dalam drama Shah Alam 40,000 arahan Isma Yusoof, perasaannya gementar dan bimbang.

“Ini kerana sepanjang saya aktif berlakon tidak pernah lagi berganding dengan Umie dalam satu projek drama. Jadi, saya gementar dan bimbang memikirkan dapatkah memberi lakonan yang baik di sampingnya.

“Ditambah, saya juga melihat bakat lakonan Umie sangat mantap. Justeru, disebabkan ini kerjasama pertama kami berdua, saya ingin memberi lakonan yang sebaiknya. Oleh itu, saya sendiri berbual dan berbincang dengan Umie.

 

RITA gementar pertama kali berlakon dengan Umie dalam drama Shah Alam 40,000.
RITA gementar pertama kali berlakon dengan Umie dalam drama Shah Alam 40,000.

 

“Walaupun saya sudah lama berlakon dan ada pengalaman, itu tidak bermakna saya sudah bagus. Jadi, perbincangan dengan pelakon lain perlu untuk sama-sama berkongsi idea dan pendapat,” katanya.

Menurut Rita, proses pembelajaran berterusan di lokasi penggambaran tidak kira pelakon lama sekalipun.

Katanya, sesama pelakon kena ada perbincangan terutama jika pertama kali bergandingan.

“Malah, jika mendapat teguran daripada pengarah pun, terima dengan positif dan terbuka. Macam saya, ada juga lakonan yang Isma masih tegur. Tapi, tiada masalah untuk kami berbincang.

“Bagi saya, teguran diberikan itu untuk perbaiki lakonan yang kurang dan bukan bersifat menjatuhkan. Bahkan, walau sudah dua dekad saya berlakon, tapi okay sahaja jika ditegur untuk kebaikan semua,” katanya.

Terdahulu, Rita mengulas perihal teguran yang diberi pelakon senior kepada bakat baharu bukan disebabkan iri hati atau berniat mahu menjatuhkan sesiapa.

Katanya, ia sebagai peringatan kepada mereka untuk mengambil teguran itu daripada sudut positif bagi memperbaiki kekurangan dalam lakonan dipersembahkan.

“Kerja lakonan ini bukan membabitkan seorang, tapi berpasukan. Jadi, teguran yang diberi pelakon lama kepada bakat baharu itu adalah untuk kebaikan, bukan sebab dengki atau apa-apa pun.

“Orang yang tak ada di set penggambaran, tak nampak apa sebenarnya berlaku. Tapi, kami yang bekerja di lokasi yang menanggung semua itu. Jadi, tiada salah pun kami menegur,” katanya.

Menurut Rita, sebagai pelakon lama, dia sebenarnya sangat menyokong kahadiran pelakon baharu untuk menjadi pelapis dalam industri. Namun, katanya jika kurang faham kena bertanya dan sedia berbincang dengan pengarah atau pelakon lain.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat