Konsert “Semalam Di Malaya” Sweet Charity mengembalikan nostalgia yang amat berharga buat peminat

- Advertisement -

Sememangnya sebuah band legenda yang masih lagi unggul setelah 5 dekat di dalam industri muzik tanah air, Sweet Charity tetap memberikan persembahan yang menakjubkan sehingga membuat peminat terkasima. Konsert Sweet Charity “Semalam Di Malaya” memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sekaligus mengembalikan nostalgia daripada lagu lagu mereka yang masih lagi menjadi siulan sehinga ke hari ini.

Satu lagi sejarah yang tercipta dimana seramai 2000 peminat hadir dan memenuhi seluruh dewan Zepp Kuala lumpur yang berlangsung selama dua jam. Bergemuruh seluruh dewan dengan gegar gempita peminat yang hadir untuk melihat persembahan daripada kumpulan legenda ini.

Sebanyak 22 buah lagu yang diberikan nafas baru untuk tatapan seluruh peminat yang hadir, Seolah olah mereka telah kembali ke masa lampau di zaman kegemilangan Sweet Charity setiap persembahan mereka dapat tepukan gemuruh oleh peminat yang hadir.

Pembuka tirai dimulai dengan lagu “Hilang Gelap Terbitlah Terang” yang membuatkan peminat mula bersemangat dan terus meneliti setiap rentak lagu yang dimainkan satu demi satu lagu seperti “Tahun 2000”, “Pelarian”, “Sejuta Wajah” “Dekatlah kepadaku”, “Datang dan Pergi” “Kawan Menangis dan Kawan Ketawa”, “Dunia Perlumbaan” “Hidup” dan “Musibah”.

Sememangnya kehadiran mereka di pentas membuktikan bahawa walaupun telah berusia, semangat dan keupayaan mereka dalam menghibur masih tidak terpadam. Selanjutnya lagu hit mereka yang masih lagi menjadi siulan peminat seperti “Terharu”, “Jangan Tunggu Lama-lama”,”Semalam Di Malaya”, “Lahirmu BUkan Untuk Dunia”, “Batu”,”Ribut 10:59 Pagi”.

Sweet Charity  terus menghidupkan semula kenangan lama dengan lagu-lagu hits mereka seperti “Sejuta Wajah”, “Kamelia” dan “Teratai”, peminat turut menyanyi bersama sambil memberikan tepukan dan sorakan yang gemuruh.

Setelah nyanyian lagu  “Apa Khabar Sayang”, Datuk Ramli Sarip sempat menitipkan pesanan untuk generasi muda supaya tidak melupakan lagu-lagu Melayu apabila kita berada di zaman tanpa sepadan sekarang.

“Anak-anak muda yang hadir ramai, walaupun meminati K-Pop dan J Pop janganlah lupa lagu-lagu Melayu,” pesannya. Ini adalah budaya yang mengingatkan kita akan warisan dan kebesaran muzik Malaysia.

Barisan utama Sweet Charity adalah vokalis utama Datuk Ramli Sarip@Paparock, Rosli Mohalim (gitar), Ahmad Jaafar (kibod/vokalis kedua) Rahman Sarbani (dram). KOnsert pada malam itu turut diperkukuhkan lagi dengan kontribusi Roza Rasul (kibod), Din (bass), Riduan Zalani (perkusi) danAddy Craddle (gitar) yang menjadikan keseluruhan persembahan lengkap.

Penampilan istimewa Addy Craddle sememangnya memberi impak dengan Gesekan gitarnya yang menaikan lagi seri persembahan pada malam itu dengan gandingan senior Otai Sweet Charity. Keseluruahan Persembahan membuatkan peminat tidak duduk diam, mereka pulang dengan senyuman dan memori yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

 

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat