Jangan Heret Istana Ke Dalam Kancah Politik – Syed Ali Al-Habshee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mana-mana pemimpin parti diingatkan tidak mengheret institusi istana khususnya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke dalam kancah politik semata-mata untuk menjayakan agenda peribadi mereka.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, mereka juga dinasihatkan agar tidak menangguk di air keruh dengan menjadikan kes COVID-19 sebagai senjata politik untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada.

Jelasnya, ia dapat diperhatikan dengan langkah menonjolkan individu tertentu sebagai layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Sebelum ini saya telah menjelaskan bahawa demokrasi tidak menghalang mana-mana pihak atau individu meraih kuasa politik untuk berkuasa, tetapi perjalanannya biarlah beretika, menuruti kaedah yang ditetapkan dan tidak mencetuskan ruang perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Justeru, adalah lebih bermanfaat sekiranya pemimpin politik di negara ini khususnya yang mewakili kelompok Melayu berganding bahu dan berkongsi buah fikiran untuk sama-sama mencari jalan membantu kerajaan menangani kehidupan rakyat yang semakin tertekan akibat pandemik COVID-19.

“Untuk menukar kerajaan atau jika ada yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, serahlah kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka melalui proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang mengatakannya mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja.

Beliau menegaskan permohonan di Mahkamah Tinggi itu adalah bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.

Dalam pada itu tegas Syed Ali, tidak wajar pemimpin politik menuding jari menyalahkan antara satu sama lain berikutan penambahan kes penularan COVID-19 di negara ini.

Ujarnya, menyalahkan pihak tertentu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya akan menambahkan lagi kegusaran rakyat dan memberi kesan tidak baik kepada negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat