Syarikat rugi, Menantu Zahid bukan lagi pemegang saham utama Jiankun International Bhd

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Jiankun International Bhd, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff tidak lagi menjadi pemegang saham utama kumpulan pembangunan hartanah dan pembinaan yang mengalami kerugian itu.

Beliau menjual satu blok 15 juta saham atau 3.178 peratus bahagian melalui pasaran terbuka semalam, dengan harga 20 sen seunit, berjumlah RM3 juta, demikian menurut makluman syarikat itu kepada Bursa Malaysia.

“Ini menyebabkannya kini hanya memiliki 8.5 juta saham atau 1.801 peratus bahagian dalam Jiankun,” kata syarikat itu, lapor BH.

Pemegang saham terbesar kumpulan ini adalah Eclipse International Sdn Bhd dengan 14.83 peratus bahagian, selepas melanggan 70 juta saham melalui penempatan persendirian pada 22 Disember, kata syarikat itu lagi.

Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu mula dilantik ke dalam lembaga pengarah Jiankun sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada April 2021 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif kumpulan pada Mac 2022.

Pada Oktober 2022, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif kumpulan sebelum dinamakan sebagai Presiden pada Disember 2022.

Saiful Nizam juga pernah berada dalam lembaga pengarah SMTrack Bhd sebagai Pengarah Eksekutif.

Minggu lalu, Jiankun mengumumkan rancangan untuk membeli 99.99 peratus bahagian dalam Oriental Link Properties (M) Sdn Bhd (OLPSB) yang berpangkalan di Pulau Pinang daripada dua pengarah syarikat pembangunan hartanah yang dipegang secara peribadi oleh Lee Khoon Eng dan Lee Phaik Choo, pada harga RM9.5 juta, sebagai langkah untuk menjalankan pembangunan hartanah di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Khoon Eng kini memegang 99.2 peratus bahagian dalam OLPSB dan Phaik Choo 0.79 peratus, manakala baki 0.01 peratus masih dipegang oleh pengarah lain iaitu Ong Cheng Tat.

Kredit FOTO: www.jki.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat