Tidak Rasmi: PN buat kejutan di Karambunai, catat kerusi pertama PAS di Sabah

SEPANGGAR, – Perikatan Nasional (PN) mengejutkan banyak pihak di DUN N.16 Karambunai apabila calon mereka, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, dilaporkan mendahului BN dan GRS dengan majoriti 1,079 undi dalam kiraan tidak rasmi setakat malam ini membuka peluang besar untuk PAS mencatat kerusi DUN pertama dalam sejarah parti itu di Sabah.

Pertandingan 11 penjuru itu pada awalnya dijangka menjadi perebutan utama antara Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Namun, keputusan awal menunjukkan sokongan yang luar jangka berpihak kepada PN, khususnya kepada Dr Aliakbar yang mewakili PAS.

Beberapa saluran sekitar kawasan perkampungan dan lokaliti pinggir bandar Karambunai dilaporkan menunjukkan pola undian yang kuat memihak kepada PN, sekali gus memberi kelebihan awal yang ketara kepada Dr Aliakbar.

Sumber pusat pengiraan undi menyatakan bahawa gelombang undi protes serta perubahan sentimen pengundi bandar pinggir dan campuran memberi kesan besar terhadap keputusan kali ini.

Kedudukan tidak rasmi itu turut meninggalkan calon BN, Datuk Yakub Khan, serta calon GRS, Datuk Arshad Idris, yang masing-masing kini jauh tertinggal dalam kiraan awal.

Jika trend ini berterusan sehingga keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PAS bakal mencatat sejarah sebagai parti Semenanjung pertama yang memenangi kerusi DUN Karambunai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat