KOTA KINABALU- Datuk Dr Aliakbar Gulasan berikrar akan membina Karambunai yang lebih baik.
Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N.16 Karambunai itu menghargai kepercayaan pengundi DUN Karambunai.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengundi N.16 Karambunai.
“Terima kasih kerana memberikan undi kepada saya. Undi anda adalah bukti kepercayaan, pengorbanan masa dan rantai harapan anda kepada saya.
“Dengan rasa rendah hati, saya dan pasukan akan melakukan sedaya upaya kami dalam membina Karambunai yang lebih baik,” katanya.
Kemenangan Aliakbar ini merupakan tapak pertama Pas di bumi Sabah dengan menang dalam pertembungan 11 penjuru.



