Program Jualan Agro MADANI berjaya lebihi sasaran nilai jualan – FAMA

- Advertisement -

CHUKAI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatatkan nilai jualan Program Jualan Agro MADANI melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini, iaitu sebanyak RM80.5 juta.

Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata berdasarkan laporan pencapaian setakat semalam, program yang dilancarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada April lepas itu, telah melebihi sasaran awal jualan untuk tahun ini iaitu RM39 juta atau 206 peratus.

“Angka tersebut berjaya dicapai menerusi pelaksanaan 4,429 program, walaupun sasaran jumlah program kita adalah sebanyak 5,000.

“Program yang memfokuskan kepada penawaran produk makanan asas utama ini juga sehingga semalam, sebenarnya telah memberi manfaat kepada 6.4 juta isi rumah dengan nilai penjimatan sebanyak RM24.1 juta,” katanya kepada Bernama selepas hadir ke program sama di Pasar Tani Kekal Kerteh, di sini hari ini.

Aminuddin berkata melihat kepada pencapaian tersebut, pihaknya akan melakukan kajian kebolehlaksanaan, untuk memastikan FAMA kekal berada dalam keadaan berkemampuan sebelum menyasarkan jumlah penjualan yang lebih besar untuk tahun hadapan.

“… sebab kita duduk dalam pasaran ini ia bukan ikut permintaan sahaja, tetapi bergantung kepada bekalan juga. Jadi, FAMA akan buat kajian sebelum bentangkan kepada kementerian untuk sasaran seterusnya, terutamanya dari segi bekalan.

“Sudah tentu masih ada ruang penambahbaikan yang boleh diambil dan sebab itu suka untuk kita kongsikan pencapaian ini, kerana ia akan menarik minat lebih ramai pengusaha dan pembekal untuk turut serta dalam jualan seterusnya,” katanya.

Program yang merupakan penjenamaan semula daripada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) itu, dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat