PRK Gerik: UMNO Harap Bersatu, PAS Beri Laluan – Zahid

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Imam Masjid Shah Alam, Selangor Disahkan Positif COVID-19

SHAH ALAM: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini...

Don’t worry, I’m okay – Nazri Aziz

CYBERJAYA: “Don’t worry, I’m okay,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19. Bercakap kepada Astro Awani,Nazri berkata...

Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,000 demi untuk membantu...

Nazri Aziz positif Covid-19

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19. Malaysiakini melaporkan, Nazri berkata dia membuat...

BAGAN DATUK – UMNO berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS akan memberi laluan kepada UMNO untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik yang ditetapkan pada Januari tahun depan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sokongan kedua-dua pihak perlu untuk memberi kemenangan di kerusi yang merupakan kubu kuat parti itu.

“Memandangkan ketika ini kita menghadapi pandemik COVID-19, seharusnya semua pihak termasuk pembangkang perlu mengelakkan pertandingan dalam pilihan raya kecil tersebut sekali gus memberi kemenangan kepada calon UMNO,” katanya kepada pemberita dalam Program Ziarah Kasih di sekitar Bagan Datuk hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Gerik diadakan pada 16 Jan 2021 berikutan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman pada 16 Nov lepas akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Allahyarham Hasbullah menewaskan Norhayati Kasim daripada PAS dengan majoriti 6,216 undi serta mempertahankan kerusi bagi kawasan itu pada PRU14 dengan majoriti 5,528 undi mengalahkan calon PAS Mohd Dahalan Ismail dan calon Bersatu Ibrahim Mohd Hanafiah.

Mengenai calon yang akan bertanding, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya akan meletakkan calon tempatan kerana individu itu lebih mengenali dan memahami permasalahan setempat serta kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.

Presiden UMNO itu berkata beliau menyerahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad untuk mengadakan perbincangan secara terperinci dengan UMNO Bahagian Gerik mengenai individu yang sesuai diletakkan sebagai calon PRK Parlimen Gerik.

“Kita akan memilih yang terbaik dalam kalangan calon terbaik. Kita akan senarai pendek nama-nama itu apabila UMNO Bahagian Gerik mengemukakannya kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri seterusnya mengemukakan (calon) kepada saya selaku Pengerusi BN untuk kita muktamadkan,” katanya.

Menyentuh kemungkinan PRK Parlimen Gerik ditangguh sekiranya diisytiharkan darurat seperti kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah, Ahmad Zahid berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Gerik berada dalam kawasan zon hijau.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Azian Osman dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang baharu bagi menggantikan Hasbullah.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Imam Masjid Shah Alam, Selangor Disahkan Positif COVID-19

SHAH ALAM: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini...

Don’t worry, I’m okay – Nazri Aziz

CYBERJAYA: “Don’t worry, I’m okay,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19. Bercakap kepada Astro Awani,Nazri berkata...