Segerakan pemisahan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya sebelum PRU16 – Ramkarpal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menggsa kerajaan mempercepat pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen DAP itu menegaskan, reformasi itu adalah sangat penting dan perlu disegerakan.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu juga berkata, beliau berpendapat bahawa pelaksanaan pemisahan kuasa itu tidak perlu mengambil tempoh masa yang lama.

“Saya dengar berita bahawa perkara ini masih dalam peringkat kajian dan perlu pergi ke negara lain dan sebagainya.

“Tapi saya ingat bahawa tahun lalu, Menteri Undang-Undang memaklumkan bahawa terdapat satu garis masa dalam masa tiga tahun, yang mana ia boleh dikemukakan ke Dewan Rakyat,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau tidak menafikan bahawa reformasi itu adalah satu inisiatif besar dan memerlukan kajian yang banyak.

“Tetapi saya yakin, kerajaan mampu melaksanakan pindaan ini sebelum tempoh Parlimen berakhir dalam dua atau tiga tahun.

“Saya harap ia dilakukan dalam masa yang segera,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat