Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan sehingga menyebabkan keadaan politik negara menjadi semakin tidak menentu.

Tinjauan yang di lakukan di laman-laman media sosial seperti Facebook, Twittet dan Instagram mendapati, ramai di kalangan netizen mula melemparkan pelbagai sindirian dan kecaman ekoran kemelut yang melanda.

Malah ada di kalangan netizen yang mendakwa UMNO dilihat seakan mengabaikan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghentikan perbuatan ‘politiking’ (mainan politik) yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara.

Dari satu sisi ramai yang menyalahkan UMNO kerana dilihat seakan mengabaikan kepentingan rakyat demi berebut jawatan.

Tidak cukup dengan itu, laman Facebook bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang suatu ketika dahulu begitu popular di kalangan netizen turut dihujani dengan ribuan komen yang mengecam.

Manakala dari satu sisi lain pula Bersatu di lihat seakan cuba menjadi ‘abang besar’ dengan membuli UMNO hanya kerana mereka memegang tampuk kepimpinan negara.

Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan cuba ‘campur tangan’ dalam kepimpinan UMNO dikatakan sebagai punca tercetusnya permasalahan ini.

Terdahulu UMNO mengumumkan untuk menarik kembali sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) sekiranya Muhyiddin enggan akur dengan permintaan parti itu untuk melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun Muhyiddin dikatakan menolak permohonan tersebut, kerana ingin melantik Datuk Seri Hisyamuddin Hussein sebagai timbalannya yang mewakili UMNO.

Keenggan Muhyiddin untuk akur terhadap permintaan tersebut, telah menyebabkan kemelut ini semakin berpanjangan sehingga menyebabkan ekonomi negara menjadi tidak stabil.

Untuk rekod populariti UMNO dan Bersatu sebelum ini dilihat berada pada tahan yang baik, berdasarkan pencapaian kedua parti itu dalam pilihan raya Sabah baru-baru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat