PELANGAI: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan desas desus akan dilantik kejawatan menteri.
Katanya, itu hanya khabar angin dan jangan dengar. Sebagai orang parti ‘dipanggil datang, disuruh pergi”.
“Itu hanya khabar angin, jangan percaya,
“Saya orang parti, dipanggil datang, disuruh pergi,
“Fokis saya buat masa ini hanya mempastikan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 07 Oktober depan.” Katannya pada sidang media selepas penyerahan Bantuan Persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat di Sekolah Menengah Seri Pelangai, sebentar tadi.
Dalam pada itu, menasihatkan pengundi di Pelangai perlu melihat prestasi kerajaan negeri Pahang sebelum membuang undi 7 Oktober depan.
Tegasnya, sentimen dan fitnah yang dilakukan oleh pembangkang akan merugikan masyarakat Pelangai akan datang.
Ujarnya lagi, semenjak tahun 2018, kerajaan negeri telah melaksanakan inisiatif Bantuan Prihatin Pahang (BPP) hasil prestasi yang cemerlang.
Contohnya pendidikan, semenjak Yayasan Pahang ditubuhkan pada 1983, sebanyak RM1.4 bilion telah dibelanjakan yang memberi manfaat kepada 1.3 juta anak-anak Pahang.-SUARATV