Zamani pun lawa sebelum konsert

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “‘No pain no beauty’.” Demikian kata penyanyi Zamani yang sempat membuat rawatan muka sebagai persediaan untuk tampil segar menjelang persembahan pada Konsert Doa Buat Zamani Unplugged di Zepp Kuala Lumpur, esok.

Zamani, 51, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, rawatan yang dibuat itu menambahkan lagi keyakinannya untuk menghiburkan peminat dan penonton.

“Saya rasa bertuah dapat menjalani rawatan muka di Idealyst Clinic milik Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar. Antara rawatan yang dibuat adalah membuang kutil kulit di wajah secara laser dan picozapp yang juga laser untuk mencerahkan kulit yang kusam. Selain itu, rawatan gabungan tiga jenis vitamin kulit.

“Sebelum ini saya bukan jenis lelaki yang terlalu mementingkan penjagaan wajah. Namun selepas sesi konsultasi bersama Dr Aidil membuatkan saya bersetuju paras rupa dan imej turut memainkan peranan penting bagi mengekalkan nama dalam arena hiburan selain bakat yang ada pada seorang artis.

“Malah semua rawatan saya buat tidak pula menyakitkan dan hanya sedikit rasa pedih di mana sesuai dengan perumpaan dunia kecantikan iaitu ‘no pain no beauty’. Saya dapat rasakan wajah lebih segar dan licin serta nampak lebih muda,” katanya.

 

ZAMANI melakukan rawatan muka.
ZAMANI melakukan rawatan muka.

 

Sementara itu, Dr Aidil berkata, pihaknya tampil bekerjasama dan menaja rawatan itu sebagai penghargaan kepada Zamani yang dianggap legenda seni suara dalam negara.

“Kami berharap konsert Zamani akan berjaya sebelum dia menjalani pembedahan tulang belakang pada November ini. Namun kita akui vokal Zamani tiada galang ganti dan kelunakannya itu menerusi lagu-lagu malar segarnya yang popular sehingga hari ini. Kami sedia untuk bekerjasama dengan Zamani lagi pada masa akan datang,” katanya.

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged diadakan gara-gara Zamani yang menderita penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakang membengkok.

Pada konsert itu, Zamani bakal menghiburkan penonton menerusi rangkaian 15 lagu ketika bersama Slam termasuk enam lagu solo antaranya Syair Si Pari Pari, Nur Kasih dan Rindiani.

Selain Zamani, konsert itu turut menampilkan penyanyi Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof serta penampilan istimewa, Datuk Aznil Nawawi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat