Bermula sebagai model, Lenny cabar diri jadi pelakon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melihat dunia lakonan mampu memberi impak kepada kerjaya sebagai model profesional, gadis berasal dari Bumi Kenyalang ini mencabar diri menyertai program realiti terbitan TV3, Fit For Action.

Mula aktif dalam dunia ‘modelling’ sejak 2018, Lenny Jemat mengambil haluan baharu dengan meningkatkan skil lakonan melalui bimbingan ‘otai’ dalam program realiti yang berteras objektif melahirkan pelakon pelapis.

“Saya sertai program Fit For Action kerana mahu mempelajari teknik lakonan daripada penerbit dan pengarah terhebat seperti Datuk Yusof Haslam, Aziz M Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty,” katanya.

Lenny pernah memenangi pertandingan ratu cantik Miss Borneo 2020 dan Miss Perfection 2020 di Bulgaria.

Selain meningkatkan skil lakonan, Lenny, 29, percaya pembabitannya dalam program Fit For Action mampu melengkapkan diri berdepan impak kemasyhuran termasuk kontroversi yang menjadi rencam anak seni.

Lenny yang pernah berdepan situasi berat dalam hidupnya percaya persediaan mental amat penting dalam berdepan kontroversi.

“Kita kena pandai kawal dan uruskan kontroversi… Usah cepat melatah,” katanya.

 

Lenny menyertai program Fit For Action kerana mahu mempelajari teknik lakonan daripada penerbit dan pengarah berpengalaman. - Foto Ihsan TV3
Lenny menyertai program Fit For Action kerana mahu mempelajari teknik lakonan daripada penerbit dan pengarah berpengalaman. – Foto Ihsan TV3

 

Namun, Lenny percaya bakat penting untuk mencuba pelbagai bidang termasuk lakonan.

“Apabila sudah ada bakat, ia boleh diasah untuk menjadi yang lebih baik. Jika sudah dibuat dengan baik dan bermutu, barulah orang akan ambil perhatian, kenal, puji, komen dan hargai lakonan kita. Dengan cara ini, nama kita boleh naik. Cara ini tidak perlu ada pengikut dalam media sosial untuk memulakan karier.

“Bakat lebih terjamin daripada hanya bergantung kepada pengikut laman sosial untuk menaikkan nama kita,” katanya.

Fit For Action adalah program realiti baharu TV3 yang berkonsep cabar lakon layar dan fizikal.

Melalui program ini, 12 peserta lelaki dan wanita dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental, selain penghayatan watak serta penghafalan skrip.

Fit For Action disiarkan TV3 setiap hari Sabtu jam 10 malam. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan perbualan dalam media sosial.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat