Tak sorok nikah

Ahli Politik Perlu Fokus Pemulihan Ekonomi & Covid, Henti Pentingkan Diri – Salleh Said

CYBERJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak melahirkan kebimbangannya mengenai impak negatif yang dihadapi ekonomi negara kesan daripada pandemik Covid-19...

Pub, Pusat Hiburan Masih Dalam Senarai Larangan Beroperasi

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi amaran kepada pengusaha bar, kelab malam dan pusat hiburan yang didapati mengambil kesempatan menyalah guna lesen operasi sebagai kebenaran...

‘Instafamous’ Jual Minyak Wangi Palsu, Raih Untung RM10,000 Sebulan

KAJANG - Kaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan hasil jualan minyak wangi pelbagai jenama antarabangsa tiruan. Bagaimanapun, kegiatan seorang wanita yang juga 'Instafamous' itu...

Mujahid Persoal Cadangan Genjatan Politik, Dakwa Ada Niat Buruk

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengambil sikap berhati-hati dengan cadangan supaya ahli politik melakukan...

PKPB: Pekerja Swasta, Awam Di Kawasan PKPB Kerja Dari Rumah Mulai Khamis Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewajibkan pekerja sektor awam dan swasta dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk bekerja dari rumah (Work From Home)...

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Intan Ladyana, 38, tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya, sebaliknya berkongsi andai sudah tiba jodohnya.

Sebelum ini, desas-desus yang bertiup mendakwa, Intan dan kekasihnya yang juga pengacara muda, Harris Alif memilih tanggal Mac tahun depan untuk disatukan sebagai suami isteri.

Pantas menafikannya, Intan berkata, “Saya tak pernah pula dakwaan nak berkahwin tahun depan. Ini kali pertama saya dengar. Jika ada, saya akan beritahu. Saya takkan berahsia.

“Cuma, buat masa ini, saya kurang gemar berkongsi soal peribadi. Dari dahulu lagi, saya kurang suka bercerita secara terbuka mengenai kisah cinta kepada umum. Bukan apa, sekiranya perhubungan tidak menjadi, saya tak malu sangat. Jadi, diam lebih baik,” katanya ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk AG Beauty Facemask dan Serum.

 

Intan Ladyana pada majlis perlantikan sebagai duta produk AG Beauty Facemask dan Serum. - Foto IG Intan Ladyana
Intan Ladyana pada majlis perlantikan sebagai duta produk AG Beauty Facemask dan Serum. – Foto IG Intan Ladyana

 

Intan berkata, dia kurang suka berkongsi foto bersama kekasihnya dalam laman sosial, tetapi tidak menghalang Harris berbuat demikian.

Mengulas detik pertemuan membawa kepada hubungan cinta, Intan berkata, dia sudah lama mengenali Harris, tetapi hubungan mula rapat sejak awal tahun ini. Bagaimanapun, hubungan sebagai kekasih pula terjalin sejak beberapa bulan lalu.

“Saya menyerahkan semuanya kepada jodoh. Saya bersyukur andainya Harris ditakdirkan jodoh saya. Setakat ini, saya tiada masalah walaupun jarak usia kami berbeza 17 tahun. Walaupun Harris jauh lebih muda, tetapi dia seorang yang matang daripada usia.

“Biarpun usia baru 21 tahun, tetapi perwatakan Harris tidak seperti remaja sebaya dengannya. Setakat ini, belum pernah berhadapan masalah komunikasi walaupun dia masih muda.

“Saya selesa dan serasi berkawan dengannya. Bagaimanapun, hubungan kami masih baru lagi. Jadi, saya sedang cuba mengenali hati budinya,” katanya kepada BH Online.

Intan berkata, tiada salah menjalin hubungan dengan lelaki muda. Bukan mahu memberi galakkan kepada orang lain, tetapi apa yang penting, keserasian. Tak kiralah berapa jauh jarak usia pasangan.

Sementara itu, berkongsi kerjaya seninya, Intan tidak menafikan, kerjayanya kurang aktif sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan bermakna dirinya enggan berlakon, sebaliknya sudah tiba masa bersikap selektif selepas hampir 14 tahun bergelar pelakon.

“Tawaran sentiasa ada, tetapi saya agak memilih. Saya sudah lama berlakon dan pelbagai watak dibawa, jadi saya cuba mengelak membawakan watak sama.

“Untuk projek terbaru, saya kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian Bouganvilla bergandingan dengan Beto Khusairy, Nora Danish, Hana Aqilah dan Wan Norazlin untuk siaran TV3.

“Sejujurnya, saya tidak kisah diberikan watak pembantu walaupun sudah lama berlakon. Bagi saya, pelakon pembantu juga boleh menyerlah. Jika tidak, takkan ada kategori Pelakon Pembantu Terbaik diperkenalkan dalam acara anugerah,” katanya.

Pelakon filem Adnan Sempit dan Town Mall itu berkata, dia juga tidak melihat kehadiran artis generasi baru sebagai ancaman kerana percaya pasti ada watak yang bersesuaian untuk pelakon lama sepertinya.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Masih banyak watak dan pelakon generasi baru pun bukan boleh bawa semua watak,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Nike Tawarkan Diskaun 50% Sempena ‘Energy Week’ Sehingga 25 Oktober 2020

Buat anda peminat jenama Nike dan sering menanti promosi hebat untuk dapatkan barangan Nike, ini adalah peluang keemasan anda. Rugi jika anda terlepas peluang...

Xiaomi Lancar Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Mengecas Penuh Bateri Dalam Masa 19 Minit

Xiaomi baru sahaja mengumumkan teknologi pengecasan tanpa wayar 80W yang merupakan pengecasan tanpa wayar terpantas di dunia. Menurut syarikat itu, teknologi tersebut mampu mengecas penuh bateri...

Gambar Dan Spesifikasi Huawei Mate 40 Pro Didedahkan Dengan 50MP Kamera Leica

Huawei akan melancarkan siri smartphone perdana Huawei Mate 40 dalam masa terdekat. Kini, beberapa maklumat mengenai gambar dan spesifikasi telah didedahkan melalui laman Winfuture. Melaului sumber,...