PM Ucap Terima Kasih Atas Pemilihan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) atas persetujuan untuk memilih Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Perdana Menteri berkata, persetujuan ini menunjukkan satu permuafakatan kerjasama erat parti-parti dibawah GRS sepanjang perjalanan Pilihan Raya Negeri Sabah dan telah mendapat sokongan daripada rakyat disana.

“Saya sangat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh parti-parti dibawah GRS demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah.

“Saya mendoakan agar negeri Sabah terus kekal dan menjadi negeri yang aman dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan rasmi didalam facebook beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat