Polis lulus 38 permit ceramah sempena PRK Pulai dan Simpang Jeram

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Polis negeri ini meluluskan sebanyak 38 permit ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Simpang Jeram setakat semalam.

Jurucakap Media PRK Johor, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, daripada jumlah itu, masing-masing 19 permit diluluskan bagi kawasan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

“Bagi kawasan Parlimen Pulai, sebanyak satu permit ceramah dan 18 permit kempen diluluskan. Bagi kawasan DUN Simpang Jeram, sebanyak empat permit ceramah dan 15 permit kempen sudah diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hingga kini, tiada sebarang kertas siasatan yang dibuka.

Namun, beliau menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong dapat menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, gegantung, bendera dan kain rentang parti lain dengan mencabut atau membakarnya.

“Perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Kami juga menasihatkan supaya setiap calon pilihan raya yang ingin mengadakan kempen mengikuti peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan tidak menyentuh isu 3R, iaitu agama, kaum dan institusi diraja dan mengekalkan ketenteraman awam.

“Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan,” katanya.

Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, semua pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang sedia ada. – Utusan

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat