Pendapat: Nazri Aziz cetus transisi penjenamaan semula dalam UMNO?

- Advertisement -
“Kesempatan itu seperti matahari terbit. Ketika Anda menunggu terlalu lama, anda akan kehilangannya.” – William Arthur Ward.

Mentafsir pengumuman persaraan Dato Seri Nazri Aziz boleh mengambil makna dari kata-kata Arthur Ward di atas.  Nazri Aziz  mencetuskan perbahasan tentang keperluan melakukan transisi perubahan dar kelompok elit politik Umno sedia ada kepada generasi baharu. Menanti terlalu lama untuk membuat perubahan mungkin menyekat peluang Umno kembali menjadi sebuah parti yang mapan.

Nazri memang sukar difahami namun kerap kali pengakhirannya Umno tetap berjaya dalam landasannya. Adakala pandangannya penuh konflik yang merentasi waktu. Dari langkah awalnya telah membawa UMNO bangkit dan berjaya menguasai kerajaan hari ini. Nazri antara yang pertama menyatakan Umno mempunyai 41 akuan berkanun (SD) ahli Parlimen Barisan Nasional (BN); namun ia dipertikaikan oleh bekas Perdana Menteri ketujuh Datuk Seri Najib Razak.

Pengakhirannya apa yang diperkatakan Nazri Aziz adalah ternyata benar pada hari ini, Ismail Yaakob mendapat sokongan 41 SD dari ahli parlimen BN. Akhirnya Rakyat Malaysia buat pertama kalinya telah menyaksikan sejarah baru apabila PM ke 9 yang dilantik bukan presiden mana-mana parti dan juga berasal dari akar keluarga golongan rakyat marhaen.

Polemik baru yang di bangkitkan beliau telah membuat akar umbi Umno yang mahukan pemimpin muda mula bersuara , terutama pada parlimen yang tewas pada PRU14 seperti parlimen Kota belud, Kemaman, Jerai, Kubang Pasu, Muar, Ledang, Pulai , Sri Gading dan lain-lain, kesan ini lebih mendalam terutama pada kluster mahkamah.

Simbolik kata-kata Nazri Aziz ini dapat dihidu oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang memberi respon sejurus selepas Nazri Aziz memaklumkan niatnya pada media. Shahril Samad mengumumkan untuk tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 dan akan memberi laluan pada calon muda, kerana beliau kini berdepan dengan kes mahkamah dan kena selesaikan kes beliau terlebih dahulu.

Saya amat memuji tindakan Shahril ini sebagai tokoh politik yang berpengalaman, tauladan inilah yang patut dicontohi.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/08/857085/tak-bertanding-pada-pru-15-buka-laluan-reset-politik

Kita sering mendengar pemimpin yang kononnya sering berkata bahawa mereka membawa suara rakyat yang inginkan mandat baru dan seiring mengutarakan berbagai kekurangan kerajaan dalam sosial media, hingga sanggup dan malah sering mengugut menarik sokongan walau mereka ahli parlimen dalam kerajaaan. Lebih lucu bila mereka yang tiada dalam kerajaan tapi juga ingin menarik sokongan daripada membentuk kerajaan, terutama dari mereka yang tiada jawatan ataupun tewas pada PRU yang lalu.

Di kala negara sedang berhadapan pandemik Covid-19, saya bertanya pada diri sendiri bagaimana hendak berjuang untuk rakyat yang hampir 33 juta, sedangkan pada PRU14 pengundi di parlimen mereka yang tidak sampai 50 ribu pengundi pun mereka tidak mampu menangi dan menyakinkan ketokohan kewibawaan mereka. Ada di antara mereka itu terdiri daripada yang berjawatan pada Menteri waktu itu.

Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Dato’ Professor Ir. Ts. Dr. Haji Mohd Rizon Bin Mohamed Juhari, baru-baru ini, Nazri Aziz sekali lagi mengorbankan dirinya dengan seni politiknya penuh dengan elemen ‘’political distraction’’ dan adakalanya boleh menjurus kepada ‘’self-destruction’’ kepada kareer politik beliau.

Dalam membentuk pelapis baru bersama “warlord” yang sedia ada, bagi pendapat saya , Nazri Aziz cuba menyelamatkan Ahli Parlimen dan rakan-rakannya yang sedia ada untuk menghadapi PRU15 bersama muka-muka baru untuk diisi di Parlimen yang UMNO kalah dahulu.

UMNO seharusnya perlu berterima kasih kepada beliau terutama akar umbi dan pemimpin muda, kerana beliau telah mencipta laluan kepada golongan muda dalam UMNO didalam ruang yang sesempit ini untuk mengambil tanggungjawap untuk memimpin.

Peluang ini harus disuarakan dan dituntut oleh mereka yang merasakan layak. Langkah yang penuh kontroversi, hanya pemimpin yang berjiwa besar dan mempunyai intelektual yang tinggi mampu memikirkan untuk partinya.

Maaf saya katakan tiada ahli parlimen selain beliau yang mampu merendah diri untuk menjadi mangsa tetapi itulah tauladan mulia yang wajar dicontohi dan dihargai.

PRU-14 telah membuktikan wira sebenar Ahli Parlimen UMNO yang benar-benar bekerja untuk rakyat yang mampu memberi kemenangan, diwaktu tsunami persepsi negatif ,yang dibangkitkan oleh pembangkang waktu itu, “warlord” seperti Nazri Aziz mampu menang di PRU-14.  Malah enam Parlimen yang beliau dilantik sebagai ketua pengawal pilihanraya jugak menang semuanya dari palimen dan dun.

Adakah UMNO sanggup mendapat kesan di parlimen ini?, jika Nazri Aziz benar-benar berundur? Parlimen Lenggong adalah paling berkesan kerana itulah tempat keluarga Nazri dan asal parlimennya dulu , kesan ini akan terbawa ke parlimen Bukit Gantang , Kuala Kangsar ,Grik , Sungai Siput.

Keputusan tokoh politik ini untuk tidak bertanding di PRU-15 dikhuatiri merugikan Umno dan Kerajaan pimpinan Dato Seri Ismail Sabri yang sedang bergelut dengan luka-luka yang semakin membenih terutama apabila kabinet baru yang hampir sama diumumkan.

Tokoh pemimpin uniti seperti Nazri Aziz langsung sepi dan tidak terlintas, adakah UMNO tidak nampak langkahnya? Dengan langkah yang amat drastik dan luar biasanya hingga terpaksa melawan arus demi mengangkat PM-9 dari UMNO. Adalah agak mengejutkan, apabila beliau tiada tempat dalam kabinet yang baru ini.

Jika di lihat dari pencapaian dan kelayakannya Nazri Aziz lebih layak memangku menteri kanan selama ini lagi, terutama didalam kita perlu pemimpin yang berpengalaman ingin menjulang ekonomi negara diwaktu sesusah ini.

Senada dengan pandangan dari Dr Mazlan Ali dari Pensyarah Kanan/Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia dalam sesi wawancara bersama Awani, semalam, adalah tidak dapat dinafikan, Dato Seri Nazri Aziz adalah tokoh ikonik politik yang dinamik. Kedudukan politik beliau adalah teguh dan ini dibuktikan dengan pencapaian beliau sendiri yang tidak pernah tewas dalam PRU, Dua (20) tahun menjadi Ketua Bahagian, Enam (6) penggal menjadi Ahli Parlimen, Sembilan belas (19) tahun menjadi Menteri, Dua puluh lapan (28) Tahun menjadi Ahli MKT UMNO.

Beliau pernah dikatakan memberi laluan kepada Hishamuddin Hussein untuk menjadi Ketua Pemuda Umno, sewaktu memangku Ketua Pemuda UMNO pada 1990-an.

https://www.astroawani.com/video-malaysia/politik-ahli-politik-veteran-berundur-peluang-untuk-anak-muda-1920301

Tindakan 15 orang ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir memecahkan UMNO kepada dua puak.  Nazri Aziz telah memainkan peranan yang sangat penting dengan memberikan kenyataan-kenyataan yang sangat konsisten,  dan beliau menjadi ahli Parlimen yang pertama menyatakan secara terbuka telah menandatangani SD menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Seterusnya dan pada akhirnya secara kolektif semua Ahli Parlimen BN, kecuali Ku Li, telah memberikan sokongan kepada Ismail Sabri.

Keputusan untuk berundur dari arena politik untuk memberi ruang kepada golongan muda adalah terpuji, tetapi ianya tidak menguntungkan kepada UMNO dan Ismail Sabri buat masa ini.

Walaupun UMNO kelihatannya berjaya dalam peralihan kuasa yang berlaku baru-baru ini, tetapi hakikatnya UMNO, sebagai sebuah parti terbesar Orang Melayu berada dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah parti keramat ini. Dan ini sebenarnya menuntut UMNO melakukan proses pengukuhan dari dalam dan memerlukan satu revolusi transisi dari pentadbiran yang kini dipimpin atau dipengaruhi oleh kluster Mahkamah kepada satu pimpinan baru yang konsisten, dinamik dan berintegriti.

Masa depan UMNO dalam PRU yang akan datang, bergantung kepada pencapaian Kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri dan kepimpinan dalaman UMNO. Maka pemilihan dalaman parti UMNO yang dijangka akan dilaksanakan dalam tahun ini adalah sangat penting. UMNO memerlukan ‘’reset’’ politik. Sudah tentu reset atau sesuatu perubahan yang dilakukan memerlukan ruang untuk diberikan kepada golongan muda, tetapi ianya juga memerlukan satu tempoh transisi.

Berdasarkan kepada senarai ahli MKT UMNO sedi ada, kebanyakannya adalah ahli-ahli yang tewas dalam PRU yang lalu, malah ada juga yang telah tewas dua (2) PRU berturut-turut dan terdiri dari ahli yang bertaraf ADUN. Ini sebenarnya menuntut UMNO untuk melakukan proses revolusi dalaman yang memerlukan transisi perubahan dari kepimpinan kluster mahkamah kepada kepimpinan yang lebih dinamik. Ini ‘reset’ politik yang lebih ‘feasible’ kepada UMNO supaya proses pengukuhan jenama UMNO dapat dilaksanakan dengan baik selepas berjaya kembali ke tampuk pentadbiran Kerajaan.

Sekiranya Ahli-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kerajaan seperti Ismail Sabri, Khairy Jamaluddin dan Hishamuddin Hussein mahu melakukan perubahan dalam UMNO, mereka memerlukan ‘warlord’ yang berani dan kritis seperti Nazri Aziz disamping mereka.

Sejak kebelakangan ini, hanya Nazri Aziz sahaja yang berani melemparkan kritikan-kritikan tajam kepada Presiden UMNO, terutama semasa berlakunya krisis dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang lalu.

Seharusnya Ahli-Ahli MKT yang gagal dalam PRU lalu dan mempunyai banyak kes mahkamah ini yang wajar memberi ruang kepada golongan baru, agar UMNO dapat dikukuhkan dan dijenamasemula dengan lebih tersusun.

Persepsi rakyat wajib diurus dengan baik, kelemahan mengurus persepsi akan memberikan kesan negatif kepada UMNO pada PRU akan datang. Maka, ahli-ahli UMNO harus berpijak dibumi yang nyata bahawa UMNO hanya akan mampu bergerak dengan lebih berani dan penuh integriti sekiranya UMNO mampu membebaskan diri dari belenggu kluster Mahkamah yang ternyata terus menerus akan membawa persepsi yang salah kepada rakyat dan secara tidak langsung memberi kesan kepada ketidakstabilan dalam UMNO dan Kerajaan pimpinan Ismail Sabri sendiri.

Oleh yang demikian, dalam keadaan ketidakstabilan dan ketidaktentuan ini, berita persaraan oleh Nazri Aziz ini adalah satu keputusan yang akan merugikan UMNO, kerana bakal kehilangan seorang tokoh ikonik politik yang penuh warna-warni yang sepatutnya boleh digembeling bersama dan digabungjalin bersama pemimpin muda akan datang, dalam proses pengukuhan UMNO dalam menghadapi cabaran mendatang.

Namun yang nyata, pada hemat saya keputusan persaraan Nazri Aziz wajar dihormati kerana secara tidak langsung telah mencipta laluan kepada PM9 untuk membuat satu revolusi penjenamaan semula dalam UMNO dengan menyusun semula kerusi parlimen yang patut diberi nafas baru kepada pemimpin muda yang lebih segar, sekiranya ditakdirkan PM9 menjadi Presiden UMNO kelak.

emel pembaca: Zaili Zainordin

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat