UMNO Jangan Ambil Risiko Calonkan Kumpulan ‘Move Forward’ Dalam PRU Akan Datang

- Advertisement -

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bukanlah penamat kepada bekas Perdana Menteri itu dan UMNO.

Proses keadilan masih berjalan di Mahkamah yang lebih atas.

Begitupun, mengambil kesempatan dari keputusan berkenaan untuk memerli beliau seperti dilakukan sebilangan bekas pemimpin Pemuda UMNO semalam, adalah satu tindakan yang menjadi kemarahan ramai orang, terutama di kalangan pengundi Melayu dan majoriti besar ahli UMNO sendiri.

Kesimpulan ini (bangkitkan kemarahan) dibuat berdasarkan respon/komen dan artikel di media sosial serta mengambil kira ribuan yang hadir memberi sokongan kepada Najib di Mahkamah semalam.

Dengan berselindung disebalik kata-kata seperti “move forward”, ada di kalangan puak-puak ini yang menyindir secara terang, ada juga secara beralas.

Hakikatnya, apa pun keputusan semalam tidak mengubah persepsi rakyat terhadap Najib dan UMNO dan dalam buat keputusan siapa nak diundi, persepsi itu penting.

Justeru, UMNO tidak boleh ambil risiko mencalonkan puak-puak ini dalam PRU yang akan datang, terutama di kerusi luar bandar seperti Rembau, Kuala Langat dan sebagainya demi mengelak risiko penolakan rakyat.

Momentum rakyat sedang bersama UMNO sekarang dan tidak keterlaluan, Najib -bukan dengan puak-puak itu.

Sejak kekalahan dalam PRU14, Najib telah banyak berusaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap UMNO dengan fenomena Bossku dan sebagainya.

Sementara puak-puak ini? Sedikit atau tidak berbuat apa satu pun. Tak tahulah kalau popular kerana main muzik dengan anak sendiri tu boleh dikatakan membantu UMNO?

Anjang Kasim
Chembong

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat