Ahli Umno perlu berusaha kembalikan kepercayaan orang Melayu – Ismail Sabri

- Advertisement -

BERA — Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta seluruh ahli dan jentera parti untuk bekerja kuat bagi memulihkan imej seterusnya mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu khususnya golongan muda.

Disamping itu katanya, jentera parti juga perlu terus mengembleng tenaga memastikan kemenangan dan momentum sokongan rakyat terhadap UMNO di Parlimen Bera terus kekal.

“Ini penting dalam memastikan parti UMNO yang menjadi tonggak umat Melayu dan payung untuk seluruh rakyat negara ini berteduh akan bangkit kembali.

“Alhamdulillah, dewan penuh dengan perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan.

“Ini menunjukkan kesepakatan dan perpaduan yang utuh dalam kalangan ahli-ahli di akar umbi walaupun parti kini sedang menghadapi pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat