Penumpang LRT, MRT Disaran Buat Ujian Saringan Susulan Pengakuan Positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang dari Wangsa Maju pada waktu puncak pagi semalam disaran membuat saringan kesihatan jika terdapat gejala berkaitan Covid-19.

Pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd menerusi kenyataan hari ini turut menyarankan saringan kesihatan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT dari Taman Melati dan KLCC pada waktu puncak pagi, sehari sebelum itu.

“Saranan itu dikeluarkan berikutan mesej di media sosial oleh dua penumpang yang menggunakan laluan terbabit menyatakan mereka didapati positif Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Menerusi hantaran di akaun Twitter @claudianuriman, dia menaiki tren LRT Wangsa Maju ke Pasar Seni dan seterusnya menyambung perjalanan menggunakan perkhidmatan MRT ke Stesen Semantan antara 7.30 pagi dan 8.30 pagi semalam.

Pemilik akaun Twitter Nurul Aisyah @asyxxi pula memberitahu dia diuji positif Covid-19 dan menasihati penumpang yang menaiki tren LRT dari Taman Melati ke KLCC antara 8 pagi dan 9 pagi dua hari lepas segera menjalani ujian saringan.

“Rapid KL mengalu-alukan sikap terbuka kedua-dua penumpang berkenaan dan menasihati penumpang untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menggunakan perkhidmatan tren khususnya pemakaian pelitup muka dengan betul.

“Jika boleh, gunakan pelitup muka berganda untuk menjaga kesihatan masing-masing, di samping sentiasa berhemah ketika menaiki tren bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 seperti kurangkan bercakap, elakkan bersentuhan walaupun sesama rakan dan anggota keluarga serta jaga penjarakan fizikal,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan semua tren Rapid KL disanitasi setiap malam untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang serta menasihati penumpang yang bergejala mengelakkan penggunaan perkhidmatan tren demi kepentingan penumpang lain. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat