Masih Jalani Kuarantin, Menteri Nafi Panggil Sidang Media Khas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan pihaknya telah mengatur satu sidang media khas di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti yang tular hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, kenyataan itu memberitahu, buat masa ini Mohd Redzuan masih menjalani tempoh kuarantin.

Tengahari tadi tular satu jemputan bagi menghadiri satu sidang media khas oleh Mohd Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh pada pukul 5 petang.

Bagaimanapun sidang media tersebut tidak berlangsung sebaliknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di ibu pejabat Bersatu telah mengadakan sidang media menegaskan bahawa beliau masih pengerusi Bersatu.

Sementara itu, seorang lagi menteri yang disebut-sebut akan meletakkan jawatan iaitu Rina Harun yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat menafikan khabar angin tu.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat