Kuasa Troll Najib Razak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dengan hanya 5 patah perkataan dan sekeping gambar, hantaran Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya semalam – di tengah-tengah berita pemecatan 5 ahli parlimen oleh parti PPBM (termasuk pengasasnya sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad), mendapat sambutan hangat dari pengguna platform media sosial tersebut.

“Dengar kata ada orang dipecat”, 5 patah perkataan ini dan gambar beliau sedang makan “Super Ring” sahaja telah menarik lebih 158 ribu suka, lebih 16,000 komen dan dikongsi lebih 10,000 pengguna Facebook – setakat pagi ini.

Tuhan sahaja yang akan tahu berapa pula jumlahnya menjelang tenghari nanti – batas masa Najib selalu memulakan harinya di media sosial dengan hantaran-hantaran baru.

Bagi sesiapa yang biasa mengikuti perkembangan ahli politik negara di media sosial, jumlah yang dicapai dalam satu posting seringkas ini, memang sangat luar biasa. Ahli politik, bukan artis yang kita cakapkan. Artis pun susah nak dapat tarikan yang begitu besar untuk satu posting seringkas ini dengan gambar sekeping itu sahaja.

Ini membuktikan persepsi yang telah banyak diperkatakan sebelum ini bahawa sememangnya Najib ini adalah seorang “Raja Troll”. Beliau bijak memilih bahan dan tulisan yang sesuai dengan keadaan semasa yang berlaku dalam “dunia”nya – politik dan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat