KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua menegaskan cubaan oportunis dan licik Umno untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Sembilan jelas tebuk atap.
“Ya, sebarang usaha untuk memaksa perubahan kerajaan melalui lompat parti atau penyusunan semula gabungan adalah ‘backdoor’ atau ‘tebuk atap’.
“Sudah tentu, ia adalah sah. Tetapi ia juga tidak beretika dan bertentangan dengan prinsip asas demokrasi.
Ia juga membuktikan bahawa Umno tamak kuasa tidak boleh dipercayai dan akan menikam anda pada bila-bila masa,” dakwanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.



