Bantuan segera kepada SMK Tinggi Setapak, jamin Menteri Pendidikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, susulan insiden kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan asrama sekolah itu semalam.

Beliau berkata tumpuan pada masa ini adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

“Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.

“Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua terlibat terpelihara,” katanya.

Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada 8.43 malam.

Bagaimanapun, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu Isyak.

Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin memaklumkan kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan itu, mengakibatkan 80 peratus bahagian asrama musnah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat