Aduan dan bantahan pemilihan PKR cabang bukan terkait isu tak adil – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aduan dan bantahan yang berbangkit selepas urusan pemilihan PKR peringkat cabang bukan berpunca daripada isu ketidakadilan.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua aduan dan bantahan itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kini sedang diteliti juruaudit antarabangsa.

“Apa kalau ada aduan itu (bermakna pemilihan parti dianggap) tak adil…. (pandangan sebegini) sangat prejudis hanya kerana ada pihak yang membuat aduan.

“Aduan (yang diterima) kita ambil perhatian dan sekarang juruaudit antarabangsa sedang semak setiap kes (membabitkan) aduan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur lapor BH pada Selasa.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff.

Semalam Dr Zaliha yang juga Pengerusi JPP mengingatkan semua anggota parti itu supaya membuat aduan berkaitan salah laku dalam Pemilihan PKR 2025 melalui saluran rasmi, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil, dengan keputusan aduan akan mula dimaklumkan mulai minggu depan.

Pemilihan Cabang PKR berakhir minggu lalu, dengan beberapa Cabang yang mengemukakan bantahan sebelum ini juga mengadakan pemilihan semulanya pada Ahad.

Sementara minggu ini, pencalonan bagi semua jawatan tertinggi pusat termasuk Majlis Pimpinan Pusat, Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta wanita akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat