Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, Klinik Pakar Dilibatkan Dalam Program Imunisasi – Dr Adham

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah bersetuju supaya Pusat Jagaan Ambulatori swasta dan klinik pakar swasta dilibatkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 dan 3 sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sebelum ini, kementerian turut bersetuju melibatkan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dan hospital swasta dalam program PICK itu.

“Dengan inisiatif ini, lebih banyak fasiliti kesihatan swasta terlibat dalam menjayakan PICK Fasa 2 dan 3.

“Penglibatan hospital swasta ini adalah mengambil kira cadangan yang dikemukakan pihak hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi Covid-19 dicapai segera,” kata Dr Adham menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Adham menjelaskan, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada hospital swasta yang terlibat dalam program tersebut bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat.

“Hospital swasta yang ingin mengambil bahagian boleh berdaftar melalui ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dilaman web www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

“Melalui laman web tersebut juga, hospital swasta boleh mendapatkan maklumat berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedahpembayaran,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat