Covid-19: Sektor Pendidikan Termasuk Sekolah Masih Ditangguh – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Operasi semula sektor sosial dan pendidikan, termasuk sekolah, akan terus ditangguhkan sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menelitinya berdasarkan situasi penularan wabak Covid-19 selepas sektor ekonomi dibenar beroperasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini KKM hanya mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan sektor ekonomi beroperasi semula terlebih dahulu dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), berbanding sektor lain.

“Kita benarkan sektor ekonomi bermula dan akan memantau situasi selama 2 atau 4 minggu sebelum kita putuskan dan cadangkan sektor sosial dan pendidikan untuk dibuka semula.

“Dalam tempoh 2 atau 4 minggu (sebelum tentukan sekolah dibuka) kita akan kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk buka sektor sosial dan ekonomi,” katanya pada sidang media harian beliau di sini, hari ini, ketika ditanya sama ada sekolah boleh dibuka semula susulan sektor ekonomi dibenar beroperasi sepenuhnya bermula hari ini.

Noor Hisham berkata, walaupun sektor ekonomi dibenar beroperasi 100%, ia tidak bermakna syarikat terbabit tidak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM.

“Mereka tertakluk kepada garis panduan KKM, termasuk semak suhu dan penjarakan sosial. Banyak lagi SOP yang kita tetapkan, semua itu kena patuhi,” katanya

KKM akan putus sama ada benar taska beroperasi semula

Mengulas tentang kemungkinan taska dibenarkan kembali beroperasi dalam tempoh PKP fasa ke-4, Noor Hisham berkata, ia bergantung pada kepatuhan pemilik premis terhadap garis panduan KKM.

Katanya, isu pembukaan semula taska akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), esok.

“Kita akan bincang dalam mesyuarat MKN esok. Apa yang penting ialah ia mematuhi garis panduan KKM, sama ada taska, restoran atau institusi.

“Garis panduan sudah ada. Kalau taska boleh mematuhi garis panduan, tidak ada masalah. Bagaimanapun kita kena pastikan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas aduan ibu bapa yang terpaksa bekerja, terutama apabila sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula bermula hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat